KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak malam tadi mengingatkan rakyat bahawa kehilangan kuasa memerintah oleh Barisan Nasional (BN) akan memberi kesan terhadap pembangunan dan kebajikan.
Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, rakyat perlu membuat pilihan kerajaan yang terbaik untuk membetulkan keadaan pada masa depan.
Andai kita hilang kuasa, projek yang murni (projek pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di tapak milik Yayasan Basmi Kemiskinan di Serendah, Selangor) pun ditolak mentah-mentah, nak buat program balai raya pun gagal dibina dan pelbagai lagi.
Ini peringatan kepada kita supaya jangan pisang berbuah dua kali kerana kita ada peluang untuk membetulkan keadaan ini, katanya pada Malam Sejuta Harapan Ke-6 Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bertemakan Malam Harum Kasturi di Pusat Persidangan Sime Darby di sini, malam tadi.
Majlis itu diadakan bagi mengumpul dana membiayai kos operasi Pusat Bimbingan Kanak-Kanak Istimewa (PBKi) yang akan dibina YBK di Serendah, Selangor, selain sambutan ulang tahun ke-20 yayasan berkenaan.
Pada majlis sama, YBK turut menyampaikan Anugerah Sukarelawan Cemerlang kepada peserta Desa Kasih Merbau Berdarah, Ahmad Nayan, 62, untuk kategori lelaki, manakala kategori wanita kepada Nor Rihan Abdullah, 54, dari YBK Hulu Selangor.
Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom.
Awal tahun ini, kerajaan Selangor memutuskan mengambil semula tanah milik YBK di Serendah seluas 312 hektar itu atas alasan tidak bayar tunggakan cukai RM5.7 juta. Tapak itu mulanya dicadangkan untuk membuka kampus cawangan UiTM.
Perdana Menteri juga menyatakan impian beliau untuk melihat kawasan tanah YBK di Serendah, yang sepatutnya dibina kampus UiTM itu dibangunkan.
Jika tidak dengan projek UiTM, projek apa pun tak apalah, asalkan tapak YBK boleh dimajukan untuk menjana pendapatan bagi golongan miskin dan memerlukan pertolongan.
Mungkin jika Selangor dipimpin semula oleh BN, hasrat ini boleh menjadi realiti dan kenyataan, katanya.
Beliau juga memberi jaminan kerajaan akan terus memberi perhatian terhadap golongan miskin dan kurang bernasib baik dalam semua perancangan yang dirangka seperti Rancangan Malaysia Kesepuluh, Model Baru Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan.
Malah, tonggak gagasan 1Malaysia adalah prinsip keadilan sosial, yang sekali gus mencerminkan komitmen kerajaan untuk memperjuangkan golongan berpendapatan rendah sampai miskin tegar melalui pendidikan, kemahiran, latihan, Projek Perumahan Rakyat Termiskin, Projek Perumahan Rakyat, subsidi, kebajikan, pemakanan, mikro kredit dan pelbagai lagi sama ada secara langsung atau tidak, katanya.
01 October 2010
Najib ingatkan kehilangan kuasa BN beri kesan pembangunan, kebajikan
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
najib
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
1 Komen :
Kepala bana!!!!
Post a Comment