BlogList Malaysia

22 October 2010

Kebodohan Wakil Kelab Umno Indonesia

Hello Rizal.. Sudah nama pun pembangkang.. Memang kerja pembangkang ni mendedahkan kepincangan dan kebodohan puak-puak Umno macam kau tu.. Tak kan lah nak puji pulak.. Yang kau tu duduk kat Indon macam mana pulak kau tahu apa yang pembangkang buat kat Mesir dan London pulak? Kalau setakat cerita basi sebegitu, semua orang dah tahu pun.. Sudah-sudahlah memperbodohkan ahli Umno yang sememangnya bodoh tu..

`Fans Of Pakatan’ Burukkan BN Di Luar Negara

KUALA LUMPUR 22 Okt. – Wakil Kelab UMNO Luar Negara mendedahkan kegiatan pihak pembangkang yang sering berkunjung ke luar negara untuk bertemu para penuntut bagi mempengaruhi minda mereka supaya membenci kerajaan.

Perwakilan Kelab UMNO Indonesia Mohd Rizal Abdul Rahman, yang mendedahkan perkara itu kepada para perwakilan Perhimpunan Agung ke-61, berkata sejak 10 bulan lepas, pembangkang aktif menjalankan kegiatan menyogok penuntut Malaysia di luar negara dengan impian palsu dan sentimen anti-kerajaan.

“Kenapakah mereka berminat sangat dengan anak muda (pelajar) di luar sana? Kami ini adalah pelajar dan kalau nak kata kami balik mengundi pun, peratusannya kecil. Di London contohnya, mereka cuba meracuni minda-minda pelajar kita di sana dengan mengadakan pelbagai aktiviti sebagai strategi untuk meraih sokongan kami.


“Contohnya mereka membentuk kumpulan penyokong yang dinamakan “Fans of Pakatan” dan mereka juga membuat aktiviti kebajikan seperti mengumpul dana untuk menarik sokongan ramai,” katanya ketika membahaskan Usul Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Di Mesir pula, katanya pembangkang turut menempatkan ejen-ejen mereka yang ditempatkan di dalam kumpulan kalangan penuntut bagi tujuan sama iaitu untuk membangkitkan sentimen anti kerajaan selain untuk mempengaruhi pemikiran mereka.

“Ini akan menyenangkan mereka menyampaikan ideologi palsu mereka ini untuk pengaruhi minda pelajar seperti kami,” katanya.

Mohd Rizal berkata para penuntut khususnya golongan cerdik pandai di luar negara dilihat sebagai aset kepada pembangkang kerana kumpulan pelajar ini mampu mempengaruhi landskap pemerintahan negara pada masa depan.

Beliau berkata Kelab Umno Luar Negara yang diwujudkan antara lain akan membantu memperjelaskan dasar kerajaan dan isu semasa selain menangkis tohmahan yang dilemparkan kepada negara.

“Kami Kelab Umno Luar Negara akan berterusan mengekang agenda sempit yang dibawa pembangkang untuk mempengaruhi minda pelajar kita,” katanya.

4 Komen :

kembara putih October 22, 2010 at 8:39 PM  

Hanya UMNO boleh pengaruhi pelajar, PR tak boleh.

1Crony ,  October 22, 2010 at 9:33 PM  

Sekali imbas sahaja sudah dapat meneka reputasi Mohd Rizal Rahman ni ada bakat besar menjadi Saiful ke-II, dalam kes Anwar, jika UMNO beri dia peluang. Cuma cara bercakap dia ni menampakkan dia ni terlalu bodoh dan kurang berbakat sebagai pemimpin kelab. Tapi nak buat macam mana, itu saja yang UMNO ada. Kalau kat Mesir tu, tak payah tubuh kelab Pakatan pun mereka akan sokong pembangkang, terutama PAS. Sifirnya mudah saja, jika orang yang belajar tentang Islam, tak kan mahu menyokong UMNO lagi? Tujuan menubuhkan penyokong Pakatan untuk pelajar di luar negara bukannya untuk mendapatkan undi mereka semasa mereka masih belajar, tetapi supaya otak mereka tidak terlalu jumud dan beku seperti otak kamu tu, apabila pulang ke tanah air nanti. Carilah seramai mana, identiti bangang dan lembab seperti kamu tu dan masukkan seberapa segera ke dalam UMNO. Mudah-mudahan cepat sikit UMNO berkubur sebelum tarikh PRU13 nanti.

Anonymous ,  October 22, 2010 at 10:41 PM  

Itu kau orang tak dengar lagi temuramah TV3 dengan mana punya budak kanyaq kencing bercabang tiga mengaku wakil kelab UMNO di Jepun... tokyo ke... tokai ... aku pun tak berapa dengar. Cakap tersekat-sekat... lepas tu tak faham biji butir apa yang dicakapnya... sebijik macam pembaca belutin utama TV3 bila skrin skrip padam.

Lebih baik tanya dia apa khabar Doremon dengan Sinchan... barang kali dia lebih tahu.

azman kamarul October 22, 2010 at 11:31 PM  

Jaga-jaga....silap haribulan mungkin siri liwat ke 3 berlaku ni...macam ada bakat aje tengok!

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas