Projek “Little India” yang sedang dibangunkan di Brickfields bukan strategi pentadbiran Najib untuk mendapatkan semula undi masyarakat India yang merosot daripada tangan Barisan Nasional (BN) dua tahun lalu.
Sebaliknya tegas Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk M. Saravanan, majlis perasmian bersama “Little India” oleh Perdana Menteri India dan Malaysia minggu depan tidak wajar dianggap sebagai usaha yang bertujuan memikat semula undi dan sokongan masyarakat India.
“Tidak, tidak... orang boleh kata apa saja yang mereka hendak kata, tidak benar ia bertujuan mendapatkan undi orang India,” kata Naib Presiden MIC ini ketika ditanya sama ada langkah menaikkan taraf itu boleh diterjemahkan sebagai usaha menarik sokongan masyarakat India sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak.
Pada 8 Mac 2008, BN yang turut dianggotai MIC sebagai parti komponen telah kehilangan banyak undi masyarakat India. Pemimpin-pemimpin kanan parti itu turut kalah di peringkat kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Ia termasuklah presiden dan timbalan presiden MIC.
Dengan majoriti pengundi kalangan masyarakat Cina dilihat tidak memihak kepada BN dua tahun lalu dan sejak itu, usaha mengubah wajah Brickfields merupakan antara beberapa aspek yang diberi perhatian oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sepanjang 18 bulan lalu.
Brickfields merupakan antara lokasi awal ditinjau oleh Najib selepas dilantik sebagai Perdana Menteri pada April 2009.
“Langkah ini (Little India) bukan untuk mendapatkan sokongan kepada BN,” kata beliau dalam satu pertemuan dengan The Malaysian Insider baru-baru ini.
22 October 2010
Guna Perdana Menteri India Untuk Pikat Undi Kaum India
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment