Seramai 16 orang Wanita Pertama dari 16 buah negara telah mengesahkan kehadiran pada Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Pertama selama tiga hari bermula Isnin.
Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkata, antara yang mengesahkan kehadiran ialah Wanita Pertama Albania (Teuta Topi), Chile (Cecilia Morel Montes), Congo (Marie Olive Kabila), dan Sri Lanka (Shiranthi Rajapaksa).
"Selain wanita pertama, kita turut menjemput tujuh menteri lain dari pelbagai negara untuk hadir sama di persidangan," kata beliau kepada pemberita selepas melawat sekitar kawasan persidangan di Palace of Golden Horses di sini.
"Saya amat berpuas hati dengan segala persiapan yang telah diadakan di hotel ini dan saya harap semua akan berjalan lancar," kata beliau.
Sidang Kemuncak anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bertemakan 'Anak Hari ini, Pemimpin Hari Esok', akan mengetengahkan agenda-agenda penting dalam memperkasa kanak-kanak sebagai bakal pemimpin pada masa depan.
Rosmah yang juga penaung program akan menyampaikan ucaptama pada hari pertama persidangan sebelum majlis perasmian oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana, Putrajaya.
-- BERNAMA
09 October 2010
16 Wanita Pertama Akan Hadir Pada Sidang Kemuncak Wanita Pertama
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
rosmah
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment