BlogList Malaysia

17 September 2010

'Ustaz Kamal' MIC pula didakwa masuk masjid

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad menyifatkan Umno tanpa syak lagi "berkura-kura", berpura-pura dan memutarbelitkan fakta berhubung isu bukan Islam dibenarkan memasuki surau dan masjid.

Beliau yang juga anggota biro politik PAS juga malah mendakwa pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pula terus menjadi "kesinambungan wadah kepuraan Umno dalam bersandiwara"

170910 kamalanathan masjid mosque Menulis dalam blognya hari ini, Khalid memuatkan kembali beberapa keping gambar, antaranya menunjukkan pemimpin Umno memberikan 'tazkirah'.

Terdapat juga gambar Kamalanathan - yang didakwanya digelar 'Ustaz Kamal' oleh perayu undi Umno semasa kempen pilihan raya kecil lalu - menyampaikan sumbangan dalam sebuah masjid.


Dimuatkan juga sekeping gambar Kamalanathan dalan sebuah progam gotong royong di Masjid Felda Soeharto, Hulu Selangor yang mana pengerusi MAIS didakwa turut hadir.

170910 kamalanathan masjid mosque "Lebih hebat, 'Ustaz Kamal' bersama pengerusi MAIS menyerahkan khat tulisan kalimah Allah kepada salah seorang peserta.

"Ke mana perginya ahli parlimen berkopiah dan mereka-mereka yang lantang bersuara tempohari kononnya umat Islam telah dihina?" soalnya.

Sebelum ini, tindakan ahli parlimen Serdang daripada DAP memasuki sebuah surau di Kajang mencetuskan perasaan tidak puas hati banyak pihak, terutamanya oleh pemimpin Umno dan BN.

MAIS malah memberikan amaran keras kepadanya ekoran tindakan itu.

2 Komen :

tcw4malaysia ,  September 17, 2010 at 9:09 PM  

ibrahim ali!
Dimana suara lantang dan kalut anda? Kenapa berani lagi arah JAIS tuduh Ustaz Kamal....... kerana masuk mesjid dan penyerahan khat!
wahai ibrahim ali!, mana boleh macam itu, ada pilih kasih dalam ajaran yang anda pelajari ka?
Jangan berdiam diri, DOSA TAU!!!

azman kamarul September 17, 2010 at 9:21 PM  

Mana-mana puak umno yang panggil ustaz pada MP tu...elok lah bawa bertaubat.....jangan ikut sedap jeee.

Janganlah kerana duit yang tak seberapa sanggup gadai segala-galanya.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas