Anak M. Rajoli - Doakanlah semoga keadaan kesihatan bapa saya stabil seperti biasa
KUALA LUMPUR 17 Sept. - Pelakon veteran M. Rajoli yang pernah menghidap penyakit tumor di bahagian kepalanya kini sedang tenat dan diberi bantuan kecemasan di Hospital Ampang di sini sejak semalam.
Menurut anak bongsu pelakon itu, Mohd. Arif Rajoli, 23, bapanya dimasukkan ke hospital tersebut semalam selepas anhli-ahli keluarganya mendapati tekanan darah dan jantungnya yang rendah.
"Keadaan bapa saya mula krital sejak dia dimasukkan ke Hospital Ampang sejak semalam. Buat masa ini doktor menggunakan alat bantuan pernafasan bagi membantu mengatasi masalah yang sedang dihadapi bapa saya itu.
"Sebelum ini keadaan kesihatannya stabil. Bapa saya pernah menjalani pembedahan di bahagian kepala kerana penyakit tumor yang dihadapinya selama empat tahun itu.
"Malah, dia juga pernah menjalani rawatan kimoterapi sebelum ini. Doakanlah semoga keadaan kesihatan bapa saya stabil seperti biasa," katanya kepada Utusan Malaysia sewaktu dihubungi di sini hari ini.
- UTUSAN
jumpa mayat bapa dalam belukar
7 minutes ago
0 Komen :
Post a Comment