Di luar pekarangan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Jalan Maharajala di sini malam ini menjadi kecoh dengan kehadiran kira-kira 50 orang termasuk anggota Perkasa bagi membantah tindakan Namewee yang melancarkan albumnya yang dikatakan berunsur perkauman.
Mereka dilihat tiba ke pekarangan dewan itu kira-kira pukul 8.45 malam dengan beberapa dari mereka membawa sepanduk Perkasa dan gambar Namewee yang dibakar (gambar), sebelum melontarkan kata-kata kesat dan mencarut kepada Namawee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee.
Kira-kira 100 anggota polis termasuk Pasukan Polis Simpanan (FRU) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dilihat mengawal kawasan itu sejak pukul 8 malam ini.
Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah yang mengetuai perhimpunan itu dilihat berunding dengan seorang anggota polis untuk memasuki dewan tersebut, namun dihalang polis dengan menutup pagar dewan itu.
Mereka kemudiannya meminta polis memanggil Namwee keluar dari dewan itu namun tidak diendahkan.
Arman Azhar yang ditemui pemberita berkata perhimpunan itu diadakan bagi membantah tindakan Namewee yang dianggap penghianat terhadap negara kerana menghasilkan klip-klip video dan album yang boleh mencetuskan kontroversi dan perkauman.
“Kami desak, minta dia (Namewee) minta maaf secara terbuka kepada keseluruhan rakyat Malaysia, bukan sahaja pada orang Melayu, atas perbuatan yang dia lakukan. Ternyata apa yang dia lakukan merosakkan muhibah kaum.”
Sementara itu Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata perhimpunan itu tidak melibatkan penahanan mana-mana pihak kerana mereka mengikut arahan polis supaya bersurai.
“Kita arahkan mereka bersurai dalam masa 40 minit, dan mereka akur,” katanya. – Bernama
Ulasan GB
Pertama: apakah demikian caranya "Melayu" bertindak? Melontarkan kata-kata kesat dan mencarut? Bagaimana kalau anda-anda yang berbangsa Melayu dicaruti semula? Islam tidak mengajar kita melampau batas sehingga mengeluarkan perkataan mencarut.
Kedua: Jikalah yang berdemo itu dari Pakatan Rakyat, belum sempat disuruh bersurai, dah pukul, dibalun, disepak, diterajang malah ditahan dan ditangkap.- Greenboc
29 September 2010
Maki Hamun Dan Mencarut Jadi Makanan Perkasa
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
4 Komen :
ooo.doakan orang pecah perut tidak apa yer?mangkok beruk anjing belaan DAP
Anonymous : mereka yang makan duit 'haram' dengan cara menekan masyarakat pertengahan dan bawahan memang sangat2 sesuai didoakan begitu.
Manusia ada dua tangan, secara lumrah tangan kanan untuk makan dan membuat pekerjaan, sementara tangan kiri secara umum mempunyai tugas hakiki iaitu membasuh berak dan kencing.
PERKASA ini adalah diibaratkan tangan kiri UMNO bagi membuat kerja-kerja kotor yang bersifat racist dan melampau, yang tidak mampu dilakukan oleh tangan kanan iaitu sayap pemuda dan putera UMNO yang perlu sentiasa bersikap cool terhadap isu-isu perkauman - walaupun hakikatnya mereka adalah sama.
Jadi secara umum PERKASA hanyalah cabang untuk membuat kerja-kerja extrem dan subversif UMNO.
Komponen BN lain masih nak sokong UMNO ke? Sedangkan kerana UMNOlah punca MCA dan MIC hilang banyak kerusi di dalam PRU12.
kah kah kah!
Sedap juga tengok wayang kulit UMNO, tapi tok dalangnya aku kurang setuju. Nampak sangat kebodohannya, tengok giginya rasa gerun, kerana giginya sama seperti gigi tikus.
Post a Comment