BlogList Malaysia

21 September 2010

Lupakan Pas.. Macam La Pas Nak Sangat Kat Dia..

Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin berkata perpaduan Umno dan PAS tidak akan menjamin kekuatan bangsa, sebaliknya tiga parti utama pengasas BN iaitu Umno, MCA serta MIC perlu memulihkan jati diri dengan tegas dan berani menerusi
pendekatan baru, untuk menjamin masa depan negara.

"Umno seharusnya melupakan sahaja perpaduan Melayumenerusi PAS yang sejarahnya berakar umbi perkauman dan keagamaan dogmatik, sebaliknya bersama-sama dengan rakan-rakan sejatinya dalam BN menolak sentimen kaum masing-masing," katanya dalam temubual eksklusif kepada umno-online.com.

Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam berkata Umno, MCA, MIC dan parti komponen BN yang lain sewajarnya meneruskan kerjasama membina dan seharusnya tidak membicarakan isu sensitif secara terbuka kerana ia tidak akan memulihkan kekuatan parti.

"Sebaliknya akan tambah meluaskan perasaan tidak puas hati apabila sesuatu tuntutan tidak dapat dilaksanakan oleh kerajaan dengan segera, ataupun menghadapi halangan," katanya.


Musuh sebenar

Beliau berkata BN juga harus menampakkan pemisahan identiti daripada golongan mencari kekuatan menerusi sentimen perkauman dan keagamaan dan di luar daripada formula serta nilai sosial yang telah diasaskan oleh parti Perikatan sejak sebelum merdeka.

Katanya, Umno dan BN mesti berani dan tegas mengimbangi kehendak yang munasabah serta realistik, selain tidak terikut-ikut dalam kerakusan pendemokrasian baru sehingga melupakan ancaman musuh sebenar.
Bagaimanapun, beliau berkata kekeliruan rakyat dalam hala tuju negara akan dapat diperbetulkan sekiranya semua parti komponan BN kembali kepada keperibadian asal dan jati diri, dengan hanya membuat pembaharuan pendekatan tanpa mengetepikan nilai asal serta kawalan sosial yang telah dibangunkan.

Zainuddin berkata perjuangan berasaskan ideologi, terutamanya agama, tidak mengenal tolak-ansur, bersifat keras serta wajah manis mereka adalah bersifat sementara dalam menunggu kesempatan dan kuasa.

"Ketika itu, tentu sudah terlewat untuk rakyat, kerana yang sesal dahulu pendapatan, dan sesal kemudian tak ada gunanya," kata beliau.

- Bernama

1 Komen :

azman kamarul September 21, 2010 at 7:55 PM  

Mamak ni dah kena jangkitan penyakit gila babi agaknya.

Siapa yang tergila-gila nak bersatu dengan PAS mamak oiiiiii....kan puak hang pa yang dok meroyan siang malam merayu kat PAS nak bersatu, kenapa mata han buta ka? atau telinga hang pekak ka?.

Aku memang menyampah sungguh dengan bekas menteri penerangan yang bangang ni.Jadi menteri kerana kebodohannya bukan kerana kecerdikannya.....cuba ingat kembali macamana mamak ni menjawab soalan dalam temubual dengan AL-JAZEERA selepas "PERISTIWA AMUKAN POLIS FRU DALAM HIMPUNAN BERSIH DULU".
Pedihnya mata oiiiiii...tapi aku marah bukan kerana pedih mata tu tetapi marah kerana aku dipimpin oleh menteri BODOH!!!!

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas