BlogList Malaysia

20 September 2010

Cara solve problem Google reported attack page

Hi guys. Since sejak malam semalam (19 September 2010) sehingga ke pagi ini (20 September 2010), satu arena Twitter, Facebook, Web dan blog tempatan digegarkan dengan masalah warning berkaitan attack page melalui injection malware. Ianya bukan hanya berlaku pada website di bawah direktori kami tetapi juga berlaku pada website yang besar seperti Malaysia Kini dan Berita Harian. Since ianya (pada pendapat kami), hanya kesilapan pihak tertentu (samaada Google atau Innity), sebenarnya ianya langsung tidak merbahaya kepada komputer anda. Apapun persediaan untuk membuat scanning pada komputer menggunakan software anti-malware amatlah digalakkan.

Contoh warning yang akan dilihat bila anda cuba mengakses sebarang website yang mempunyai script dari Innity.



Justkhai.com cuba menulis dan menerangkan mengenai permasalah ini, tapi nampaknya ramai yang tak dapat meng'akses laman tersebut kerana ianya juga telah di'cop sebagai "malware attack site" oleh Google. Ianya amat tidak adil kerana web tersebut bersih dari sebarang anasir jahat disebalik tabir.


Apabila website anda telah disenarai-hitamkan oleh Google, ianya adalah satu mimpi ngeri (yang teramat-amat ngeri) untuk anda dan juga website anda. Lagi-lagi jika anda sentiasa mengharapkan SEO dari Google untuk mendapatkan hits dan trafik (kesilapan awal datang dari anda kerana terlalu taksub dengan SEO).

So nasihat kami kepada developer web dan blog, get ready dari sekarang untuk menghentikan masalah ini. Sila ke Google Webmaster dan pilih website, klik Diagnostics dan pilih Malware. Dari situ tersenarai page yang dikaitkan dengan malware. So buat semakkan page tersebut hari-hari untuk request review semula dari Google.

Sebelum semakkan hari-hari dilakukan, pastikan anda telah mengeluarkan sebarang script Innity dari blog. Yang menjadi masalah sekarang ni, anda sendiri nak akses blog sendiri pun tak lepas. Jadi di sini penyelesaiannya.

Melalui menu Firefox, klik TOOLS > OPTIONS. Kemudian pilih tab SECURITY. Dan lakukan seperti gambar di bawah.


So sekarang, korang dah boleh akses mana-mana web yang telah dilabel Malware Attack oleh Google tadi. Dan ini masanya untuk membersihkan segalanya berkaitan script dari Innity.

Begitu juga kepada pelayar web & pembaca blog, anda boleh lakukan perkara yang sama jika korang tahu dan kenal website yang korang layari sememangnya selamat sejak dulu lagi. Untuk semua website di bawah rangkaian Oh! Media Network, sehingga hari ini, we all pasti sememangnya amat selamat untuk dilayari dengan senang hati.

Nasihat kepada penggiat blog, kegagalan melakukan perkara tersebut, akan membuatkan domain korang di'label'kan sebagai malware attack untuk selama-lamanya.

Itu sahaja. Terima kasih.

- Khai Hassan

1 Komen :

Admin September 20, 2010 at 10:20 PM  

Patut la semalam buka blog tuan tak dapat ingatkan blog2 pro pembangkang dah kena godam

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas