BlogList Malaysia

07 September 2010

Buat Filem Sendiri Kena Dakwa

Dakwaan ke atas pembikin video bawah pokok ditangguh

Dakwaan ke atas ADUN Tebing Tinggi Ong Boon Piow kerana memiliki DVD yang belum diluluskan oleh lembaga penapisan filem telah ditangguhkan.

Menurut Ong, dakwaan berkenaan sepatutnya dibacakan di Mahkamah Mejistret Ipoh, pagi ini tetapi ditangguhkan atas arahan ketua pendakwa negeri.

“Mereka sedang menuju arahan lanjut dari Putrajaya,” katanya ketika dihubungi.

Ong petang semalam diarahkan oleh polis untuk hadir di mahkamah berkenaan hari ini. Pihak pendakwaan juga hari hari ini.

Beliau dijangka akan didakwa mengikut Seksyen 6 (1) (a) Akta Penapisan Filem 2002. Jika terbukti bersalah, Ong boleh dipenjarakan sehingga tiga tahun, denda antara RM5,000 hingga RM30,000 atau kedua-duanya sekali.

DVD kontroversi itu memuatkan rakaman sidang tergempar dewan undang negeri Perak pada 3 Mac 2009 yang diadakan di bawah sebatang pokok yang dirakamkan oleh Ong.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas