SENAI – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor memberi amaran keras kepada UMNO negeri supaya tidak bertindak luar batasan dengan menyentuh sensitiviti rakyat Johor sehingga menyebabkan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, murka.
Amaran itu dikeluarkan selepas Pakatan Rakyat (PR) menemui beberapa kain rentang yang tertera gambar Tuanku di bahagian kiri bawah bersama gambar Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Datuk Chua Jui Meng dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PR mendakwa, kain rentang yang tertera ‘PKR Johor Menyokong penuh Datuk Chua Jui Meng sebagai Pengerusi PKR Johor dan calon MB (Menteri Besar) Johor’, dilakukan UMNO.
Susulan itu, satu laporan polis dibuat AMK negeri di Balai Polis Gelang Patah, kelmarin, bagi mendesak polis melakukan siasatan terperinci berhubung penyebaran poster yang dianggap sebagai mencemarkan imej PR.
Ketuanya, Zabidie Abas berkata, laporan polis itu dibuat di Balai Polis Gelang Patah sebagai langkah susulan berhubung penemuan kain rentang di beberapa daerah antaranya di Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru.
“Ayat yang tertera di kain rentang itu jelas berunsur perkauman yang boleh menggugat kesejahteraan rakyat terutama rakyat Johor. Jadi di sini kami nafikan penyebaran kain rentang itu dilakukan PKR,” katanya kepada :Sinar Harian:, semalam.
Menurutnya, beliau berharap individu atau syarikat yang menerbit dan mencetak kain rentang itu patut dikenakan tindakan sewajarnya.
“Ini adalah satu tindakan di luar batasan kerana DYMM Sultan Johor telah murka,” katanya.
Terdahulu, Jui Meng mengulas penemuan beberapa poster di sekitar Johor yang meletakkan gambar Jui Meng bersama DYMM Sultan Johor yang mahukan beliau menjadi Menteri Besar Johor didakwanya sebagai ‘kerja’ orang-orang UMNO.
“UMNO tidak tahu undang-undang Johor ke? Untuk jadi Menteri Besar Johor mesti orang Melayu dan Islam, mereka sengaja mahukan DYMM Sultan Johor murka kepada kami,” katanya.
11 August 2010
Umno Johor Jangan Buat Kerja Bodoh
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
raja melayu
,
umno johor
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
4 Komen :
SEBAGAI TANDA PROTES SPERTI YANG DIAJAR OLEH YB IR.NIZAR JOM PAKAT RAMAI-RAMAI KITA GULING-GULING DEPAN KENDERAAN DIRAJA JOMMMM.HEI JANGAN MAIN-MAIN NI CONTOH TERBAIK DARI MANTAN MB PERAK TAU.
Yang guling-guling tu orang UMNO. Ataupun di upah oleh orang UMNO. Ataupun gambar tu di ubah oleh orang UMNO.
Apa-apa pun UMNO lah yang punya kerja tu... ha ha ha
Apasal pulak nak berguling-guling.. Baik kau ajak geng umno johor join sama perkasam buat demo sambil usung kepala babi sebagai tanda protesn kepada cina pkr.. hehehe
Adakah ini pun di dalangi UMNO? Adakah penyamar kalangan UMNO merupa-rupa wajah Chua Jui Meng??
http://exception2008.blogspot.com/2010/08/chua-jui-meng-bahalol-penipu-besar.html
Post a Comment