Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar disiasat mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa mengeluarkan kenyataan menjejaskan imej negara dalam satu temu bual sebuah akhbar Indonesia, 4 Ogos lalu.
Muhammad Zahid Md Arip membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, semalam, menggesa anak Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim itu disiasat mengikut Perkara 28 dan Perkara 499 (Darihal Fitnah) Kanun Keseksaan.
Muhammad Zahid berkata, Nurul Izzah didakwa menyebarkan kenyataan palsu tentang Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang digunakan untuk mencari simpati masyarakat Melayu dan merendahkan keupayaan kapal selam negara.
“Kenyataan mengenai DEB itu jelas suatu pembohongan berniat jahat kerana dasar ini untuk menyusun semula masyarakat bagi memastikan negara terus berada aman damai.
“Beliau (Nurul Izzah) juga seolah-olah menderhaka dan mempersendakan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong (DYMM) yang berkenan mentauliahkan kedua-dua kapal selam dengan nama KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak, sebelum ini,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis, semalam.
Katanya, beliau bimbang kenyataan Nurul Izzah itu menyebabkan orang luar memandang rendah keupayaan sistem pertahanan negara dan mengundang minat mereka menguji serta melancarkan serangan terhadap Malaysia.
Kaki pelancong terpaksa dipotong semasa berkayak
15 minutes ago
2 Komen :
Susah, Kalau Negara Di Huni Dengan Kaki Bodek,Silap Cakap Sikit, Terus ISA, Nurul Izah, menyatakan kebenaran, Zahid hanya Bermain Derama?
Ini bukan lagi kaki bodek...ketua babi bodek ni!!!
Post a Comment