BlogList Malaysia

19 August 2010

Mengapa Bodoh Sangat Timbalan Presiden Nie?

**Dia ni tak reti ke atau buat-buat tak reti yang semua ini hanyalah permainan wayang 'low class' Umno/BN.. Apa bodoh sangat seorang Timbalan Presiden gagal membaca rentak dan langkah sumbang Umno/BN yang semakin tengelam tu.. Tetiba pulak dihulurkan talian hayat.. Adoiya... Pening..

PAS hari ini memberi amaran kepada MCA supaya tidak bermain dengan politik perkauman yang sempit untuk meraih semula sokongan Cina yang semakin luntur kepada BN.

Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa berkata kenyataan presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan resolusi Kongres Ekonomi Cina, Sabtu lalu yang menggesa kerajaan mengurangkan ekuiti bumiputera dalam sektor ekonomi baru-baru ini dilihat tidak matang dan tidak wajar.

“Apa yang diperjuangkan oleh MCA jelas menunjukkan bahawa parti-parti komponen Barisan Nasional gagal mendapat konsensus yang mantap untuk memerintah negara setelah berlaku penafian dua pertiga kuasa majoriti di Dewan Rakyat pada 8 Mac yang lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Malah, menurut Nasharudin tindakan MCA yang menyokong dan memastikan resolusi itu diteruskan membuktikan mereka memperjuangkan politik perkauman yang sempit.

Pakatan Rakyat pula, ujarnya telah sama-sama bersetuju untuk berpegang teguh dengan Dasar Pakatan Rakyat yang telah ditandatangani oleh PAS, PKR dan DAP pada bulan Disember 2009 yang lalu.

“Berdasarkan dasar tersebut, Pakatan Rakyat akan melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain sepertimana yang termaktub dalam Perkara 153.


“Ini membuktikan bahawa PAS, PKR dan DAP tetap akan mempertahankan perkara ini bila menerajui kerajaan nanti,” katanya lagi.

Sebaliknya, dalam konteks hari ini, Nasharudin yang juga ahli parlimen Bachok mengingatkan parti Cina itu supaya tidak menimbulkan kegelisahan di kalangan rakyat Malaysia, khususnya kaum Melayu.

**Sorang lagi dari puak UG yang sengaja buat-buat bengap

PAS Selangor sokong dan mempertahankan kuota Bumiputera

PAS Selangor kesal yang isu kuota 30% pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor ekonomi terus dipertikaikan. Terbaru ianya dibawa melalui resolusi Kongres Ekonomi Cina anjuran parti MCA Sabtu lepas. MCA yang merupakan komponen Barisan Nasional kelihatan begitu bersungguh mendesak mahu menghapuskan kuota ini.

Sesungguhnya golongan Bumiputera masih jauh ketinggalan dalam sektor ekonomi dan tindakan menghapuskan kuota ini sudah pastilah akan jauh menyisihkan lagi mereka dalam saingan ekonomi terbuka. Banyak usaha perlu dilakukan untuk melatih dan membantu golongan ini dan menghapuskan kuota hanya akan menambah rumitkan keadaan.

PAS Selangor juga akur selain mempertahankan kuota ini usaha untuk membantu golongan lain khasnya kelompok tercicir dalam sektor ekonomi termasuklah dari masyarakat Cina, India dan lain-lain perlu juga diberi perhatian.

Setelah hampir lebih 52 tahun Merdeka PAS Selangor merasakan isu-isu yang telah lama disepakati bersama termasuklah kuota pemilikan ekuiti Bumiputera ini sepatutnya tidak lagi dipertikai atau dipolitikkan oleh mana-mana pihak. Yang penting adalah usaha dan inisiatif semua pihak bagi memastikan yang semua kaum dalam negara terbela dan terjamin nasib dan kebajikan mereka dan tidak ada lagi mana-mana golongan yang tercicir khususnya dalam sektor sosial dan ekonomi.

PAS Selangor akan terus menyokong dan mempertahankan kuota ini selain apa sahaja usaha untuk memartabatkan taraf ekonomi golongan lain yang perlukan bantuan dari pihak berwajib.

*Kenyataan media oleh Roslan Shahir bin Mohd Shahir selaku Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor. -MR


3 Komen :

puakkita ,  August 19, 2010 at 3:32 PM  

ust. nasa jangan duk mengarut, kerja kau banyak, buat kerja yg bersempah tu, duk ulas apa, kalau kau ulas pun, tak sapa yang nak dengar.
Kau buka mulut aje nampak benar tak kena, baik kau pergi bachok, buka puasa dgn orang kampong, nampak lain sedikit, tanda terima kasih kepada orang bachok kerana undi kau, sejuklah sedikit marah orang kelantan kepada kau, kalau rasa malu sendirian ajak sahaja aku.

manja ,  August 20, 2010 at 10:52 AM  

Adakah berbuka puasa itu lebih penting dari Perpaduan Bangsa melayu. Kalau tiada perpaduan jangankan berbuka puasa,nak kencingpun tak boleh. Teruskan Tuan, jangan pedulikan kata orang. Sesungguhnya hanya ALLAH yang maha mengetahui.

bapak jin ,  August 20, 2010 at 3:33 PM  

Err.. Manja.. Perpaduan Melayu tu lebih penting ke dari perpaduan Islam?? Selama ini bangsa melayu tak berpadu ke? Pada aku melayu dah semakin berpadu dan bersatu dah sekarang ni.. Berpadu di bawah Pakatan Rakyat.. Apa kau ingat melayu hanya wajib bersatu di bawah umno saja ke?? Helo.. Pemikiran tu hanya sesuai pada tahun 70an saja la.. Masa tu pemikiran rakyat masih dikongkong oleh rtm dan utusan melayu.. Come on manja.. La ni dah tahun 2010 la.. Bangun.. jangan tido lagi..

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas