Sekali Lagi Rakyat Kelantan Cipta Sejarah
HARI ini Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu mengarah supaya Felda membayar ganti rungi sebanyak RM11 juta kepada 554 orang peneroka Felda Kemahang, Tanah Merah Kelantan.
Arahan itu muktamad dan ini bermakna Felda tidak ada ruang lagi untuk mengelak bagi tidak membayar ganti rugi berkenaan. Dengan arahan mahkamah itu ini bermakna sah bahawa Felda telah menipu dan menganiaya 554 orang peneroka berkenaan.
Setiap orang peneroka akan menerima bayaran sebanyak RM25,000 hingga RM35,000. (Banyak tu?) Mereka terpaksa tunggu selama lebih 10 tahun bagi mendapat hak mereka yang disonglap oleh Felda.
Mungkin peneroka berkenaan tidak lagi berhajat kepada wang berkenaan, dan ada setengahnya sudah meninggal dunia. (Abang sepupu saya yang juga peneroka awal di situ telah meninggal dunia dua tahun lepas. Selain beliau saya ada tiga lagi sepupu dan empat bapa tiga pupu).
Keputusan Mahkamah Persekutuan itu memalukan Felda berkenaan. Sebuah agensi kerajaan yang disanjung dan dipuja untuk membangun dan merubah nasib orang mikisn, tetapi didapati menipu para peneroka. Felda secara rakus telah memakan harga titik peluh peneroka.
Sepatutnya para pegawai Felad Kemahang memohon kemaafan kepada para peneroka atas kejadian itu. Kalau pengurusnya sudah meninggal dunia tetapi pengurus yang masih hidup harus menjadi galang ganti. Kalau boleh menteri bertanggunjawab terhadap Felda, Mat Maslan juga perlu memohon maaf atas apa yang berlaku sebagai mewakili anak pencetus idea menuduhkan lembaga berkenaan. Kalau Tun Razak masih hidup tentunya dia merasa malu dengan apa yang berlaku itu.
Apa yang berlaku itu satu pengajaran kepada Felda. Sudah tentu ia akan menjadi percedent kepada peneroka lain untuk mengambil tindakan yang sama. Baru-baru peneroka Felda Serting, Negeri Sembilan mengemukakan saman di mahkamah di Seremban. Rasanya selepas ini akan banyak lagi peneroka di tanah-tanah rancangan di seluruh negara akan mengambil tindakan yang sama. Ha... jaga Mat... jaga.
Bukan itu saja agensi kerajaan lain juga akan mengambil tindakan sama. Era kini eza agensi kerajaan mengambil tindakan ke atas kerajaan. Semua ini kerana penyelewengan, salah guna kuasa sudah tidak terbendung lagi.
Kemenangan dan kejayaan peneroka Felda Kemahang ini juga satu sejarah dan kemenangan kepada rakyat Kelantan. Ia sekali lagi membuktikan kehebatan dan keberanian orang Kelantan. Inilah kes pertama membabitkan peneroka dengan pengurus Felda. Hanya orang Kelantan saja yang berani menyaman Felda.
Syabas kepada peneroka Felda Kemahang Kelantan dan tahniah juga kepada dua orang peguamnya, Wan Rohimi Wan Daud dan Yusfarizal Yusuff atas kejayaan itu. Mungkin sudah lama peneroka ingin menyaman Felda tetapi tidak ada peguam yang berani dan sanggup berdepan dengan Felda yang dikawal oleh kerajaan. Sekali lagi syabas kepada semua pihak terlibat dalam kes saman berkenaan. Arhh... macam mana Mat Maslan... [wm.kl. 3:00 pm 26/08/10] - mso
27 August 2010
Memang Sah Felda Menipu Peneroka
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment