BlogList Malaysia

22 August 2010

Masa Ezam Disiasat SB Dulu Kenapa Hal Liwat Tidak Disebutkan?

Jika Ezam Bercakap Benar, Dialah Yang Pertama Diliwat

Seluruh negara tahu pada masa itu tidak ada satu pendedahan pun yang dibuat oleh Ezam tentang keburukan Anwar Ibrahim. Jika diperhatikan dengan situasi sekarang, hati tertanya tanya kenapa pada masa itu tidak ada satu patah pun keluar perkataan dari mulut Ezam yang menggambarkan Anwar seorang peliwat" Pada 1999 Ezam telah ditahan di bawah ISA dan dibebaskan pada tahun 2003.

Mungkin inilah saat paling klimaks dalam rencah reformasi Ezam. Pada saat Ezam berada di penjara tentu sekali segala maklumat sulit tentang Anwar dan segala perjuangannya akan cuba dikorek digali oleh SB pada masa itu. Tentu sahaja dia tidak ditahan semata mata tanpa ada soal balas di dalam penjara.

Kini satu dekad telah berlaku, apa yang meniti di bibir Ezam adalah Anwar seorang yang suka sesuatu yang diluar tabii. Kemana sahaja dia dijemput, semua ucapannya terarah kepada 'anwarlah orang yang paling jijik di dunia'.

Terbaru ezam mendedahkan tentang perbualan telefon saat Wan Azizah berada di Amerika sementara Anwar dan Ezam pula berada di malaysia. Ceritanya digambarkan pada saat itu Azizah merasa resah kerana ada lelaki lain di rumah bersama sama dengan Anwar. Cerita ini seolah olah menggambarkan bahawa Azizah, Anwar dan Ezam sendiri telah sekian lama mengetahui tentang perangai Anwar.


Malangnya di dalam facebook atau twitter Ezam, ada seseorang bertanya sejak bila, saat mana, bila tarikhnya, Ezam menyedari Anwar suka sesuatu yang di luar tabii? Sampai ke hari ini Ezam tidak dapat menjawab.

Namun tiap masa yang terluang bagi Ezam sekarang digarap ayat sebaik mungkin digambarkan bahawa Anwar memang sah berperangai suka kepada sesuatu yang di luar tabii. Bila Wan azizah membuat kenyataan supaya Ezam menghentikan fitnah tersebut, Ezam mencabar pula wan azizah bersumpah. Serta dengan beraninya berkata sanggup berjumpa di mahkamah.

Kita tentu sedia maklum bahawa Ezam bukan seorang yang bodoh dan tentu Ezam sendiri menyedari bila menyatakan sesuatu isu yang agak panas, maka beban untuk membuktikannya bukan terletak kepada orang yang dimainkan isu. Tetapi bebannya adalah terletak di bahu Ezam. Ezam mendakwa maka dialah patut membuktikannya.

Umum juga sedia maklum bahawa semenjak orang kenal Anwar dan reformasi, sejak itulah orang kenal Ezam. Itulah gambaran betapa rapatnya Ezam dan Anwar. Ezam juga tampan bergaya. Cun melecun. Dia orang kepercayaan. Dia ayam tambatan. Dia juga ayam laga. Dia juga perisai. Jika sebatang panah dilepaskan ke dada Anwar ibrahim maka jantung Ezam yang akan tembus. Itulah ikatan Anwar dan Ezam. Hinggakan gaya dan lenggok ucapan Anwarpun Ezam telan segalanya.

Jadi adalah agak meragukan jika benar Anwar suka kepada sesuatu yang di luar tabii, Ezam boleh terselamat. Ezam menepati ciri ciri yang diminati oleh orang orang yang suka kepada luar tabii. Wajahnya, percakapannya dan tubuh badannya menawan. Alangkah hairannya ia dapat menyelamatkan dirinya sedangkan dialah orang yang paling hampir. Jika betul Ezam bercakap benar tentang Anwar, Ezamlah orang yang pertama layak menjadi mangsa.

Melainkan Ezam hanya menabur fitnah. Dan ingatlah Ezam, menuduh orang berzina jika tidak di bawa empat orang saksi maka hukuman layak ke atasmu sama juga dengan penzina.

Ingatlah cerita seorang sahabat yang mengadu kepada saidina Omar bahawa dia melihat ada orang berzina, dengan segera saidina Omar meletakkan pedang di lehernya lantas berkata, lebih baik kamu diam jika tidak ingin tengkukmu dipancung, melainkan kamu dapat mendatangkan empat orang saksi.

Sumber: Ar Risalah

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas