KENYATAAN MEDIA BERSAMA
YB DATO MANSOR OTHMAN TIMBALAN KETUA MENTERI 1
PULAU PINANG &
YB ABDUL MALIK KASSIM, PENGERUSI HAL EHWAL AGAMA
ISLAM NEGERI PULAU PINANG, PERDAGANGAN DALAM NEGERI
DAN HAL EHWAL PENGGUNA
21 OGOS 2010
UMNO HARUS BUAT LAPORAN RASMI TERHADAP MANA-MANA KHATIB/IMAN MASJID PULAU PINANG YANG DIDAKWA GANTIKAN NAMA DYMM YDP AGUNG DENGAN NAMA KETUA MENTERI PULAU PINANG LIM GUAN ENG DALAM DOA KHUTBAH KEDUA SOLAT JUMAAT.
YB DATO MANSOR OTHMAN TIMBALAN KETUA MENTERI 1
PULAU PINANG &
YB ABDUL MALIK KASSIM, PENGERUSI HAL EHWAL AGAMA
ISLAM NEGERI PULAU PINANG, PERDAGANGAN DALAM NEGERI
DAN HAL EHWAL PENGGUNA
21 OGOS 2010
UMNO HARUS BUAT LAPORAN RASMI TERHADAP MANA-MANA KHATIB/IMAN MASJID PULAU PINANG YANG DIDAKWA GANTIKAN NAMA DYMM YDP AGUNG DENGAN NAMA KETUA MENTERI PULAU PINANG LIM GUAN ENG DALAM DOA KHUTBAH KEDUA SOLAT JUMAAT.
UMNO harus membuat laporan rasmi kepada polis atau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang(JHEAIPP) terhadap mana-mana khatib/imam mesjid di Pulau Pinang yang didakwa menggantikan nama DYMM YDP Agung dengan nama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. UMNO tidak patut terus bermainkan politik dalam perkara penting ini. Sebaliknya UMNO patut membuat laporan rasmi dengan segera bersama dengan semua butir-butir lanjut supaya tindakan dapat diambil.
Sekali lagi, Kerajaan Negeri Pulau Pinang menafikan dengan keras dakwaan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tentang penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama DYMM Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Teks khutbah Jumaat yang dibacakan oleh para khatib/imam yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAIPP) tidak pernah menggunakan nama Ketua Menteri bagi menggantikan nama Yang di- Pertuan Agong. Kerajaan negeri dan JHEAIPP juga tidak pernah menerima atau mengeluarkan arahan secara lisan mahupun bertulis kepada mana-mana pihak untuk tujuan tersebut.
Permainan politik UMNO ini berniat jahat dan telah mencemarkan nama baik golongan khatib/imam di Pulau Pinang, yang bukan sahaja mendokong syair Islam yang syumul dan menyeluruh tetapi juga setia kepada raja dan Negara.
Beberapa ahli kariah masjid yang berikan keterangan menyokong dakwaan UMNO berkata nama Ketua Menteri ada disebut. Tetapi ia disebut oleh khatib/imam dalam konteks memohon kepada Allah supaya Ketua Menteri diberi petunjuk dan hidayah untuk memeluk Islam. Ini adalah perkara lain daripada menggantikan nama DYMM YDP Agung dengan Ketua Menteri. Adalah difahamkan ahli kariah tersebut adalah orang UMNO.
Biar siasatan dijalankan untuk menentukan khatib/imam masjid mana yang terlibat dan kalau benar tindakan tegas akan diambil. Hanya khatib/imam yang tak siuman berani menggantikan nama DYMM YDP Agung dengan nama Lim Guan Eng. Sekiranya dakwaan ini benar, kami tidak akan teragak- agak mengambil tindakan tegas.
Dakwaan yang lebih merupakan fitnah terhadap kerajaan negeri, adalah sangat serius kerana boleh mencetuskan kemarahan, kebencian dan ketegangan kaum dan agama dan membawa insiden yang tidak diingini. Lim Guan Eng, yang tidak pernah campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran Islam, pun dianiayai.
Usaha UMNO menggambarkan kononnya kerajaan negeri menindas bangsa Melayu dan agama Islam tidak akan berjaya kerana hakikatnya adalah penghormatan diberikan oleh kerajaan PR kepada Islam yang tidak pernah dilakukan oleh kerajaan terdahulu. Contohnya ialah peruntukan untuk pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam telah ditambah sebanyak 100 peratus daripada RM 12.3 juta pada 2008 kepada EM24.3 juta pada 2010, sumbangan Ihya Ramadan dan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), sambutan bulan Al-Quran, anugerah huffaz dan istimak hufaz.
Adakah BN dan UMNO marah kerana kesudian Ketua Menteri untuk hadir di majlis-majlis agama Islam, umpamanya sumbangan Ihya Ramadan, sambutan Maulidur Rasul, menganjurkan majlis berbuka puasa di masjid- masjid di Pulau Pinang yang tidak pernah dilakukan oleh Ketua Menteri sebelum ini.
Sumbangan Ihya Ramadan, yang diluluskan oleh YAB Ketua Menteri, diberikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim Dewan Serbaguna Jawi kepada semua masjid. Ketua Menteri hanya hadir bersama. Ini boleh disahkan oleh semua masjid yang hadir.
Lagipun Lim Guan Eng merupakan di antara Ketua Menteri yang paling awal sekali mengharamkan judi bola yang diluluskan oleh UMNO. Adakah UMNO simpan dendam dalam hati kerana Lim Guan Eng, sungguhpun bukan Islam, telah memalukan UMNO dengan mengharamkan judi bola yang dihalalkan oleh UMNO?
YB Dato Mansor Othman
YB Abdul Malik Kassim
0 Komen :
Post a Comment