Pendekatan Islam secara paksaan seperti yang difahami oleh pemimpin Umno, boleh dijalankan di negeri yang dikuasai BN untuk melihat keberkesanannya, kata ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad.
Beliau berkata demikian hari ini ketika menjawab cabaran yang dikemukakan timbalan pengerusi Umno Selangor Datuk Noh Omar supaya kerajaan Pakatan Rakyat menutup premis hiburan di negeri itu sepanjang bulan Ramadan
"Kalau dia ikhlas, BN ada banyak negeri di bawahnya. Laksanakanlah di negeri mereka dulu. Pendekatan secara paksaan atau menggunakan kuasa, kalau itu yang mereka faham tentang Islam, mereka boleh buatlah," kata Khalid dalam sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini.
Beliau seterusnya mencadangkan supaya BN menggunakan pendekatan itu untuk kawasan yang mempunyai banyak tempat hiburan seperti Johor, Negeri Sembilan dan Pahang "yang terkenal dengan pusat Genting Highlands."
Tambahnya, Pakatan Rakyat mewarisi negeri Selangor daripada pemerintahan BN, namun perubahan tidak boleh dijalankan secara mengejut.
"Secara berperingkat-peringkat, kita akan didik masyarakat untuk jauhi tempat ini. Masalah BN, mereka tidak faham proses Islam. Soal dakwah ada Tadarrusy atau secara peringkat demi peringkat.
"Kaedah inilah yang Pakatan Rakyat dan PAS akan pakai. Bukan gunakan kuasa sewenang-wenangnya," katanya lagi.
Penulis - Salhan K Ahmad
09 August 2010
Jawapan Untuk Umno Selangor Yang Meroyan
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
umno selangor
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
1 Komen :
Bagus YB Khalid.Orang bodoh kena jawab yang sepadan!!!
Post a Comment