BlogList Malaysia

24 August 2010

Indonesia Kurang Ajar

Indonesia Si Abang Yang Sentiasa Gedebe

SEDIH dan kecewa apabila membaca berita mengenai tindakan melampau dan biadap sekumpulan rakyat Indonsia yang mengadakan unjuk perasaan di kedutaan Malaysia di Jakarta bertindak memijak dan melumurkan najis ke atas Jalur Gemilang, bendera negara.

Perbuatan itu meskipun tidak menyakitkan fizikal rakyat dan negara Malaysia tetapi ia cukup menghiriskan hati dan perasaan rakyat negara ini. Ini kerana bendera adalah kehormatan dan maruah sesebuah negara. Apa juga penghinaan dilakukan ke atasnya sesuatu yang sensitif.

Jadi apabila ianya diinjak dan dilumurkan najis samalah, kepala rakyat negara ini diinjak dan disapu tahi. Perbuatan itu sungguh hina dan tidak bertamadun. Membuli kepala orang lain adalah perbuatan yang paling hina dan keji.


Malang sekali, masih ada kelakuan tidak beradat yang berlandaskan emosi semata-mata. Di keadaan hari ini dan apa lagi antara dua buah negara berjiran sepatutnya kejadian itu tidak berlaku. Tetapi kerana kumpulan itu cetek mengenai semangat kejiranan dan lebih bersultan di mata, maka berlakulah perbuatan yang menghinakan itu.

Timbul persoalan apakah kejadian ini menunjukkan Indonesia, negara serumpun dengan Melayu telah melupai asal usul mereka atau pun tidak mempedulikan kepada orang lain. Selalu merasakan diri 'gedebe' dan kuat. Ataupun pemerintahan Indonesia gagal untuk mentertibkan rakyat negara berkenaan?

Indonesia bolehlah dianggap sebagai abang kepada Malaysia. Kalau tarikh kemerdekaan diambil kira untuk mengukur cerdik atau bodoh rakyat sesebuah negara itu, ternyata rakyat Indonesia lebih awal cerdik dari rakyat Malaysia.

Indonesia merdeka awal 12 tahun dari Malaysia. Indonesia merdeka 1945 manakala Malaysia 1957. Sepatutnya kemerdekaan yang diperolehi awal 12 tahun itu Indonesia menjadi negara pembimbing. Dengan pengalaman dan semangat menentang penjajah Indonesia yang ampuh ia bertindak memberi petunjuk dan teladan yang baik kepada si adik. Disepanjang masa sepatutnya rakyat Indonesia memberi tunjuk ajar kepada rakyat Malaysia dan bukannya mempamirkan sikap buruk.

Tetapi malang tampaknya kenyataan itu tidak berlaku. Kemerdekaan yang diperolehi awal itu gagal untuk diraih dan dipergunakan sebaik mungkin oleh segelintir rakyatnya untuk menjadi manusia yang bermaruah tinggi dan tahu menghormati hak orang lain.

Tindakan kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) itu menghina dan mencabar maruah rakyat negara. Kejadian menghina, membakar bendera negara ini juga bukan sekali. Tetapi sudah acap kali. Seolah bagi segelintir rakyat Indoneisa membakar bendera Malaysia satu permainan harian buat mereka.

Nasib baik setiap kali berlaku kejadian seumpama itu rakyat Malaysia tidak 'ikut erel' dan membiarkan saja dengan memendamkan marah. Bukan soal rakyat negara ini takut atau pengecut tetapi tidak mahu melayani perbuatan budak-budak nakal begitu. Bayangkan macam mana jadinya kalau Malaysia 'ikut erel' atau ada sekumpulan orang Malaysia yang juga berperangai begitu? Tentu keadaannya memburukkan lagi

Tindakan kumpulan Bendera itu bukan apa sangat. Puncanya ialah ekoran insiden yang berlaku di perairan Malaysia - Indonesia yang melibatkan penahan nelayan dari Malaysia dan penahan pegawai Kelautan dan Perikanan Indonesia oleh Polis Marin yang didakwa menceroboh perairan Malaysia. Itu saja. Kalau kumpulan berkenaan waras ia tidak perlu sampai membuat tindakan protes dan main baling-baling tahi kerana kedua-dua pihak telah melepas 'tahanan' masing-masing.

Perkara itu boleh dilupakan begitu saja jika kumpulan berkenaan memiliki semangat kejiranan yang tinggi. Ataupun jalau mereka menyedari bahawa terdapat kira-kira 2 juta rakyat negara itu yang mencari makan dan beranak pinak di sini. Mereka tidak perlu sampai menyerang kedutaan Malaysia dan melumurkan tahi. Jelas perbuatan itu semacam sengaja mahu mengheret rakyat negara ini ikut mengikut rentak mereka. Ianya ada motif tertentu.

Apapun insiden seperti hendaklah tidak akan berlaku di lain kali. Indonesia harus memberi didikan akhlak kepada kumpulan berkenaan. Walaupun ekoran tindakan itu tidak ada balasan dari Malaysia, tetapi Indonesia harus merasa malu kepada dunia seluruhnya. Sedarlah tidak ada rakyat di negara maju yang main baling-baling tahi dan melumurkan bendera negara lain dengan tahi.

Sesungguhanya perbuatan kumpulan Bendera itu bukan satu keberanian tetapi menjelaskan akan keburukan tabiat dan juga perangainya. Apabila najis boleh dijadikan alat permainan atau senjata maka tahulah kita sejauh mana hati budi dan keupayaan seseorang itu. Monahara oh Monahara di mana engkau? [wm.kl. 5:20 am 24/08/10]

Penulis Tamu - Mohd Sayuti Omar(MSO),

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas