Nota akhir: Keluarga nafi tulisan, tandatangan Teoh
Keluarga mendiang Teoh Beng Hock melahirkan “rasa tidak puas hati, marah dan kecewa” berhubung tindakan Peguam Negara untuk mengemukakan satu nota misteri sebagai bukti ketika inkues bagi menentukan kematian pembantu politik itu hampir kepada penghujungnya.
Dalam satu kenyataan keras yang dikeluarkan di Melaka, keluarga Teoh berkata tindakan Peguam Negara itu amat dicurigai dan menggesa kerajaan mendapatkan pakar tulisan bagi menentukan ketulenan nota berkenaan.
"AG tidak melihat penderitaan kami. Hampir lebih setahun, kami terpaksa berulang-alik dari Melaka ke Shah Alam untuk menghadiri inkues berkenaan,” petik kenyataan itu.
"Jika inkues dimulakan semula, bagaimana kami sebagai satu keluarga mampu melalui penderitaan ini sekali lagi? Adakah AG sengaja cuba menghalang kami daripada menjalani kehidupan seharian?”
Menurut keluarga Teoh, AG memaklumkan bahawa pejabatnya telah memiliki nota berkenaan sejak Oktober tahun lalu tetapi mengapa nota itu tidak dirujuk kepada ahli keluarga Teoh, mahupun peguam mereka.
"Kami menghadiri inkues itu sepanjang tahun. Mengapa mereka tidak memohon bantuan kami? AG hanya mencari alasan (untuk melenggah-lenggah),” kata keluarga itu.
Keluarga Teoh juga mengulangi dakwaan bahawa tulisan dan tandatangan pada nota itu adalah berlainan berbanding yang dimiliki Teoh.
Pada 9 Ogos lalu, inkues yang sedang berlangsung ditangguhkan kepada 18 Ogos, selepas perbincangan semua pihak terbabit di kamar koroner.
Ia dipercayai berhubung spekulasi terdapat nota yang didakwa tinggalan daripada Teoh yang merupakan 'bukti terakhir'.
Tanpa '3 kunci' bumi Gaza kekal sengsara
9 minutes ago
1 Komen :
Malaysia boleeeeeeeeeeeh!
Dulu kau kata si Gani ni pelajar paling lemah dalam kelas, tengok sekarang, beliau adalah seorang manusia Genius dan pintar.
Menggemparkan dunia, mana-mana mahkamah didunia ini akan kagum dgn bukti baru ini, tiada siapa boleh melakukannya kecuali AG terbaik didunia.
Nota terakhir Teoh, telah ditemui selepas setahun kematiannya. Nota ini akan menghentikan segala-galanya selepas setahun menjadi perbincangan hangat dan panas. Apa yang berlaku setahun lalu akan menjadi bahan lawak dan gurauan bodoh setelah nota ini ditemui.
Sebelum ini nota itu tidak pernah dijumpai oleh sesiapa pun dimuka bumi ini, tapi secara tiba-tiba didedahkan kepada umum.
Kita memang bertuah berada di bumi bertuah, MALAYSIA tanah air ku.
Selamat berpuasa, bulan penuh barakah, segala syaitan-syaitan jin tak dapat bergerak kerana mereka telah dirantai.
Post a Comment