PENDEDAHAN BLOGGER UMNO TENTANG MEREKA MENTEKEDARAH RM SEMASA PRU094 HULU SELANGOR
Berikutan posting mengenai 'Blogger Ular Sawa' semalam' saya menerima beberapa email dan panggilan telefon dari para sahabat. Sepertia biasa dan sepatutnya didalam dunia realiti - ada yang menyokong dan ada yang membantah, ada yang menentang dan ada yang pertahankan - segalanya dengan alasan atas kepentingan masing-masing serta kumpulannya.
Posting saya itu diulas semula oleh blog The Unspinners pada jam 8.29PM dan House PK pada pagi ini. Dari komen-komen yang diterima nyatalah bahawa selama ini ada dendam yang tersimpan dalam hati para blogger yang tak terluahkan dan kesempatan ini diambil mereka untuk menyatakan apa yang bermain dalam hati mereka selama ini.
Saya tidak cenderung kepada mana-mana pihak tetapi saya dapat pastikan bahawa segala yang dinyatakan ada kebenarannya;
1. Peruntukan untuk blogger sebanyak RM15,000 bagi kempen di Hulu Selangor itu benar.
2. Peruntukan sebanyak RM80,000 bagi kempen di Sibu itu juga benar
3. Di Hulu Selangor para blogger yang berjuang disana tidak mendapat habuan yang diperuntukan bagi mereka juga benar.
4. Di Sibu, peruntukan sebantak RM80,000 yang tidak termasuk tambang kapal terbang namun blogger berkenaan hanya menerima imbuhan sebanyak RM100 seorang juga benar.
5. Di Hulu Selangor ada 'Ular Sawa' yang menelan peruntukan itu pasti benar
6. Di Sibu ada 'Naga' yang telah menelan peruntukan itu juga nyata benar.
Dari maklumat melalui telefon dan email yang saya terima, saya menyedari ada sesuatu yang sedang berlaku dikalangan blogger ini (Blogger Pro BN):
1. Rakan blogger telah terpecah kepada beberapa kumpulan dengan kepentingan mereka yang tersendiri.
2. Segalanya adalah berkaitan dengan wang dan peruntukan
3. Ada blogger tertentu yang memang dibayar untuk menulis dengan 'dipayungi' oleh seseorang yang berkepentingan tertentu
4. Blogger berkenaan disamping menulis dengan 'interest' tertentu juga akan mempengaruhi blogger lain menyertai mereka bagi mempamirkan kekuatan mereka sebagai kuasa 'jual-beli'
5. Ada blogger yang memang kerjanya menulis untuk wang - memuji tokoh tertentu apabila menerima upah dan 'melanyak' mereka jika sudah tidak diberikan habuan lagi.
6. Kes peruntukan RM15,000 di Hulu Selangor ini juga dikatakan 'konspirasi' bagi memburukkan blogger Sanggah Tok Janggut oleh pihak tertentu sedangkan individu yang sebenarnya dsyakki melakukan 'songlap' itu adalah blogger Sang Kelembai - demikian menurut satu sumber.
(Apa yang saya tulis ini adalah berdasarkan kepada komen-komen yang diterima dari pembaca sama ada diblog bh atau pun blog The Unspinners)
Saya tidak memihak kepada mana-mana kumpulan berkenaan, dan saya rasa ada kewajarannya untuk membentuk sebuah kumpulan ketiga yang tidak cenderung kepada kedua-dua kumpulan berkenaan. Saya percaya blogger BumiYang, Sri Tri Buana, YangGambi dan ramai lagi akan menyertai perjuangan ini. Mari kita mulakan sebelum terlambat.
Siapa sebenarnya blogger yang berjuang demi Agama, Bangsa dan Negara?
11 Comments
Close this window Jump to comment form
Blogger Nasionalis1982 said...
Salam bro...
Aku pernah 'ternampak' penyata perbelanjaan BN di Hulu Selangor kat atas meja somebody. Siapa, bila dan dimana tu aku tak boleh cakap.
Memang betul apa yg bro cakap..peruntukan utk blogger adalah RM15k. Masa tu terfikir jugak nak amik gambar penyata tu guna henpon, tapi tak jadi sbb kat situ ada CCTV. hehe..bahaya.
Lepas baca artikel bro ni, aku setuju dan mengiyakan. Memang tak dinafikan amaun utk blogger di PRK Hulu Selangor adalah RM15k.
August 4, 2010 10:43 AM
Blogger TAIPINGMALI (TM) said...
Tuan,
Saya pun ada dengar cerita ni. Sedih betul kerana mereka sanggup kencing bloggers...ingat artis saja yang selalu kena kencing.
Harap perkara sedemikian tidak berulang. TM bloggers sdn bhd. Bukan lagiahli BPN.
August 4, 2010 10:58 AM
Blogger YB Raz said...
hehehehe ade ler sesiapa yang mencuri duit tuh..xpe kat akhirat kita tuntut ramai ramai hehehe
August 4, 2010 10:59 AM
Blogger bRAVEhEART said...
Salam sahabat-sahabat semua, terima kasih kerana berani menyatakan kebenaran. Apa yang perlu kita takutkan kerana kita dipihak yang benar. Saya menyuarakan pendapat dan pandangan saya dengan yakin bahawa saya dipihak yang benar.
August 4, 2010 11:03 AM
Blogger Menyegar said...
Salam.Aku ingat pemimpin pemimpin UMNO aje yang bangsat.Rupanya ada jugak blogger yang bangsat huhu.
August 4, 2010 11:18 AM
Blogger Panglima Perang Cyber said...
Semalam aku baru sahaja berborak dengan blogger det dan gomo pasal ni.
dia pun setuju berlaku masalah ketirisan dalam persepsi blogger yang perlu dibetulkan samada ia benar atau tidak.
ada gosip kata ada pihak yang menggunakan nama blogger tapi tak bagi wang peruntukan pun kepada blogger.
saya harap perkara ini perlu dibawa kepada PM agar pihak yang songlap duit tu dihukum.
Taiping : BPN menghormati keputusan anda. Yang penting perjuangan diteruskan tak kira di mana dan dengan siapa anda berada.
August 4, 2010 12:24 PM
Blogger bRAVEhEART said...
Pang5,
Saya rasa berkaitan TM, BPN perlu reform bagi memantapkan organasasi. Membiarkan masalah terpendam tidak akan pernah menyelesaikannya,kita harus berani bergerak dan menghadapinya. Saya sentiasa akan bersama ~ bh
August 4, 2010 12:46 PM
Anonymous Anonymous said...
GOMO
Bro,di sibu RM80 Ribu bajet yang di peruntuukan untuk blogger. tapi sapa yang dapat kawan tak tahu lah pasal kawan pun duduk TADIKA je.
takpa, kita kan berjuang secara ikhlas. kalau depa nak makan tu makan lah. tapi jaga jaga lah nanti...hu hu hu
August 4, 2010 1:51 PM
Blogger ISAC said...
Kita buat mcm EPL nak ke?
Blogger Professional... Siapa bayar lebih, kita support depa???
August 4, 2010 2:44 PM
Blogger Nasionalis1982 said...
geng, blog u telah dilinkkan. Terbaekkk punya. hehe
August 4, 2010 3:55 PM
Blogger bRAVEhEART said...
Salam dan terima kasih bro's semua. Nasionalis1982 terima kasih linkkan blog. Gomo, bagus maklumat tu RM80 ribu tapi blogger habuk pun tak dapat. TM, kita masih geng dan aku tak lupa kome datang kenduri kawin anak teman dulu tu, terima kasih sekali lagi. ISAC, aku rasa kan, nanti pada pru13 blogger semua akan hentam balik kerajaan kerana sesetangah pemimpinnya 'anak haramnya' yang makan hasil titik peluh orang lain.
August 4, 2010 6:52 PM
PAS Cawangan Bukit Sentosa 2
Gila! ‘Trend’ lompat depan kereta makin menjadi
9 minutes ago
1 Komen :
Sebab itu segala bentuk cerita atau posting yang dibuat oleh blogger umno.....hancing macam air kencing babi.
Post a Comment