Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali membidas Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar yang mendesak supaya pusat-pusat hiburan di negeri itu ditutup sepanjang bulan Ramadan, yang dijangka bermula esok, sambil menyifatkan pemimpin Umno itu sebagai “alim-alim kucing.”
“Bagi kita setiap bulan adalah haram bagi semua aktiviti maksiat bukan bulan Ramadan sahaja.
“Ini menunjukkan betapa ceteknya ilmu agama pemimpin-pemimpin Umno.
“Bulan Ramadan baru nak tunjuk alim? Itu alim-alim kucing,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Minggu lalu, Noh mencabar kerajaan negeri Selangor supaya menutup semua pusat hiburan dan rumah urut di negeri itu.
Noh telah mempertanggungjawabkan Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor supaya mendesak kerajaan negeri Selangor sekiranya PAS benar-benar memperjuangkan Islam.
“Kita (Pakatan Rakyat) baru tadbir Selangor ini dua tahun lima bulan tapi Umno-BN sudah 52 tahun jadi sekarang kita mahu kikis saki-baki Umno-BN di negeri ini termasuk rumah pelacuran, pusat hiburan dan kedai-kedai arak.
10 August 2010
Alim-Alim Kucing aka Tunjuk Bodoh
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
hassan ali
,
noh omar
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment