BlogList Malaysia

04 July 2010

Raja Petra Pengganas Ke?

Salah ker kalau ada yang nak beri wang kepada Raja Petra. Undang-undang apa dan peraturan mana yang melarang seseorang atau pertubuhan daripada memberi wang atau sumbangan kepada seseorang individu yang lain? Lain lah kalau Raja Petra itu telah dikenalpasti sebagai seorang pengganas yang telah membunuh 40 orang ulama muda ker.. Atau seorang seorang pelampau agama yang terlibat dengan JI dan wahabi.. Lu fikirlah sendiri..

Ada bukti PKR biayai Raja Petra

Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN
pengarang@utusan.com.my

PADANG RENGAS 3 Julai – Kerajaan mempunyai bukti mengatakan Raja Petra Kamaruddin dibiayai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Beliau berkata, bukti-bukti menunjukkan PKR membiayai pengendali laman web Malaysia Today tersebut kini sedang disiasat selanjutnya.


‘‘Memang betul, saya ada bukti, duit dihantar (kepada Raja Petra). Saya ada bukti tunjuk hantar RM500,000, dia (Raja Petra) terima RM470,000. RM30,000 lagi habis ke mana saya tak tahu,” katanya selepas merasmikan program Kempen Kesihatan Gaya Hidup Sihat sempena ulang tahun ke-10 Kelab Senaman Klinik Kesihatan di sini hari ini.

Ditanya apakah kerajaan akan bertindak terhadap PKR, Mohamed Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas berkata: ‘‘Kita kena tengok dulu (siasat) apa kesalahan dilakukan tetapi kita memang ada bukti menunjukkan dia hantar duit kepada Raja Petra.”

Dalam perkembangan sama, beliau menegaskan bersedia memberi jaminan terhadap keselamatan Raja Petra jika pengendali portal itu benar-benar takut untuk pulang ke tanah air bagi memberi keterangan.

2 Komen :

azman kamarul July 5, 2010 at 12:26 AM  

Puak-puak yang tuduh macam-macam ni tak ubah macam BABI GILA

Anonymous ,  October 4, 2010 at 3:08 PM  

raja petra nak dedahkan sesuatu tapi tak diberi peluang, pasal tu raja petra buat pendedahan melalui blog dia, cubalah bagi dia peluang berdebat macam DSAI dan Saberi tu kan bagus, ini asyik nak tangkap je si raja petra tu, besar sangat ke jenayah dia buat, berapa buah rumah ibadat dia dah bakar?

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas