BlogList Malaysia

04 July 2010

PRU 13 : Oren Berpotensi Menang


1. Malam ini saya tidak berkesempatan untuk menyaksikan perlawanan menarik antara Brazil vs Belanda kecuali sebahagian aksi sejurus selesai menyampaikan ceramah di Masjid Kota Damansara .

2. Keputusan perlawanan sangat berbeza dengan analisa awal para pengkritik sukan dan media yang meletakkan Brazil sebagai pemegang ranking no 1 dunia akan menang selesa ke atas Belanda yang hanya berada di tempat ke 4 ranking dunia .

3. Brazil dengan formula sambanya sangat digeruni lawan apabila beraksi di pentas antarabangsa. Skil individu dan corak gerakan mengawal bola sememangnya sukar ditandingi. Namun Brazil tidak berupaya mengekalkan prestasi cemerlang mereka apabila bertemu skuad oren yang dilihat hadhir dengan dendam membara untuk mengalahkan Brazil yang pernah menghancurkan harapan mereka untuk bergelar juara pada tahun 1998 yang lalu .


4. Ternyata semangat kental skuad oren [ Belanda ] mampu merobohkan keegoan Brazil yang bergelar juara dunia sebanyak 5 kali . Reputasi Brazil selaku pasukan pilihan tercalar dan mereka akhir ditunjuk jalan keluar oleh Belanda . Hampir tiada penganalisis meletakkan Brazil akan tewas di tangan Belanda namun keputusan muktamad adalah sebaliknya .

5. Setakat 30 minit aksi perlawanan antara kedua - dua pasukan ini [ oren vs biru ] , saya melihat kesungguhan dan kegigihan berjuang skuad oren mampu mengekang penguasaan skuad biru biarpun mereka turun ke gelanggang membawa gelaran sebagai pasukan juara dunia 5 kali . Malah semangat itu membuatkan mereka bingkas bangun mendakap gelaran sekalipun mereka telah ketinggalan satu goal .

6. Tiada putus asa , yakin menang , gigih berusaha , stamina yang konsisten , kerja berpasukan yang kemas dan teratur menjadi formula asas skuad oren menumpaskan skuad biru . Skuad oren kelihatan bijak menghidu kelemahan skuad biru untuk dihukum atas setiap kelalaian dan kealpaan mereka dan ternyata ianya berhasil.

7. Menariknya , PRU 13 yang bakal berlangsung tidak lama lagi , turut menyaksikan pertarungan sengit antara skuad oren dan skuad biru . Skuad biru kelak akan turun gelanggang dengan dengan status penyandang atau juara bertahan . Mereka memilik segala keupayaan kuasa dan daya teknologi untuk mempertahankan kuasa dan pengaruh politik mereka .

8. Skuad biru [ Barisan Nasional ] mempunyai kekuatan asas yang kukuh seperti jumlah ahli dan dana yang mencukupi sementara skuad oren tidak miliki keupayaan setanding . Namun skuad oren [ Pakatan Rakyat ] masih berpotensi untuk mencapai kemenangan jika mereka mengekalkan tahap kesungguhan dan kegigihan berjuang yang hebat untuk mengalahkan skuad biru .

9. Fokus , tidak cepat mengalah , berjuang dalam pasukan yang mantap , gigih membawa risalah atau mesej perjuangan kepada masyarakat , disiplin yang tinggi dan mengekalkan tempo perjuangan tanpa culas akan menjadi formula skuad oren memburu kemenangan biarpun terpaksa berdepan dengan keupayaan lawan .

10. Atas kertas , rata - rata penganalisa politik mengatakan skuad biru adalah pasukan pilihan untuk mengekalkan kemenangan dan kuasa mereka , namun di dalam gelanggang sifirnya tidak sama seperti diatas kertas . Skil berpolitik , stamina perjuangan , kesungguhan dalam gerakkerja dan kerja berpasukan menjadi advantage untuk menguasai gelanggang dan seterusnya muncul sebagai pemenang . Tiada siapa sangka Brazil boleh kalah sebagaimana ramai menyangka Barisan Nasional akan menang ...... realiti digelanggang akan memaparkan keputusan sebenar . - Kedahlanie

1 Komen :

hj jamaludin ,  July 4, 2010 at 6:25 PM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
PRU 13: Oren Berpotensi Menang ! Ha Ha Ha Buat Lawak Bodoh ke??????
Hello selagi Referee (SPR), Linesman (PDRM) , GoalPost (Melayu Felda)masih ujud , jangan mimpi lah Bro.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas