Ketua pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo masih belum diturunkan dalam barisan penceramah dalam siri 'Selamatkan Selangor' yang bakal memasuki pusingan kedua pada hujung minggu ini.
Ketiadaan Mohd Khir di pentas tersebut, menguatkan lagi desas-desus berhubung persaingannya dengan timbalan ketua perhubungan negeri Datuk Noh Omar, dalam merebut kedudukan menteri besar.
Jawatan tersebut dilihat menjadi taruhan utama antara kedua-duanya untuk menonjolkan kemampuan masing-masing dalam merebut semula Selangor daripada penguasaan Pakatan Rakyat.
Dalam kemeriahan ini pula, muncul Ezam Mohd Nor, bekas pengikut utama Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang diberikan tugas utama untuk mengepalai kempen 'Selamatkan Selangor.'
Mohd Khir dilaporkan akan diturunkan bersama Ezam dalam peringkat kedua kempen, namun berdasarkan jadual program yang diperolehi, tiada tanda-tanda menunjukkan Mohd Khir akan muncul dalam ceramah pada hujung minggu ini.
Hanya Ezam dan Noh Omar yang akan muncul di sebahagian besar ceramah yang akan berlangsung dalam pusingan kali ini.
Mengulas perkembangan ini, ketua penerangan Umno Selangor Abdul Shukor Idrus berkata Mohd Khir yang juga ADUN Sungai Panjang tidak dapat hadir kerana menumpukan kepada aktiviti di kawasan beliau.
29 July 2010
Pertelingkahan Khir - Noh Semakin Terserlah
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
khir toyo
,
noh omar
,
umno selangor
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment