Sesat: Pemuda UMNO beri amaran
ALOR SETAR - Pergerakan Pemuda UMNO Kedah memberi amaran kepada Dewan Pemuda Pas Kedah agar ‘jangan menegakkan benang yang basah’ dengan cuba mendesak Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal membuktikan Pas parti ajaran sesat.
Ketua Pemuda UMNO Kedah, Badrol Hisham Hashim berkata, fokus perjuangan Pas sejak ditubuhkan pada 1951 agak kabur kerana mengamalkan sikap ‘berat sebelah’ dalam menentukan hukum hakam agama bagi sesuatu tindakan yang dibuat UMNO.
Menurutnya, kesanggupan pemimpin utama Pas untuk mengekalkan kerjasama dengan DAP sekalipun Pengerusi DAP, Karpal Singh secara terbuka menolak penubuhan kerajaan berlandaskan Islam menunjukkan parti itu sanggup mengenepikan asas perjuangan parti sendiri semata-mata untuk mengejar kuasa politik.
“Saya minta Dewan Pemuda Pas Kedah jangan menegakkan benang yang basah dengan menuduh UMNO pula yang sesat kerana selama ini pun, parti itu yang sering memanipulasi hukum agama demi kepentingan politik mereka.
“Justeru, saya mahu mengingatkan ketuanya, Ahmad Yahya supaya kembali bermuhasabah diri kerana rakyat pun sudah maklum dengan sikap pemimpin Pas yang bertopengkan agama dan dakwaan Mohd Shafie sememangnya berasas,”katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian semalam.
Badrol juga menganggap Pas sebagai parti ‘sesumpah’ dan tidak berpendirian tetap terhadap sesuatu isu yang dibangkitkan kerana percanggahan pendapat dalam kalangan sesama pemimpin parti juga sering berlaku, terutama yang melibatkan soal agama.
“Dalam isu penggunaan kalimah Allah dalam kalangan masyarakat bukan Islam, ada pemimpin Pas yang menyebut ianya boleh, ada juga yang kata tidak boleh.
“Jadi, tidakkah pengikutnya akan terdedah kepada risiko disesatkan sekiranya perkara ini dibiarkan kerana ianya melibatkan hukum agama dan akidah umat Islam,”katanya.
Badrol juga menganggap tindakan Ahmad mencabar Mohd Shafie menubuhkan jawatankuasa agama untuk menyiasat sama ada Pas mengamalkan ajaran sesat atau tidak, tidak lebih sekadar propaganda parti itu bagi menanamkan sentimen kebencian terhadap UMNO.
“Biasalah, ini semua propaganda yang dibuat Pas bagi menunjukkan kononnya UMNO merupakan parti suka memfitnah orang lain.
“Sekiranya perjuangan Islam menjadi asas Pas, mengapa Pas perlu menanamkan rasa benci terhadap umat sesama Islam yang berlainan parti sebagaimana kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam.
“Ini jelas menunjukkan Pas memang terbukti sesat lagi menyesatkan,”katanya.
11 July 2010
Pas Terbukti Sesat - Ketua Pemuda Umno Kedah
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
kedah
,
pemuda umno
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment