Dalam Ucapan Dasar, Presiden PAS dilaporkan berkata:
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mahu semua anggotanya memberikan ketaatan dan wala' (kesetiaan) kepada parti dan pemimpinnya yang "menjalankan tugas sepanjang masa, bukannya bermusim".
Katanya, kesemua pemimpin tersebut - yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang termasuk ulama dan profesional - dipilih sendiri oleh ahli-ahli dalam muktamarnya tahun lalu.
"Adunan ini jugalah yang memperkasakan PAS untuk memimpin negara, dengan menolak jahiliyah sekularisma yang meminggirkan Islam dan memisahkan urusan dunia daripada Islam," katanya.
Kepada mereka yang aktif dalam PAS sewaktu arwah Ustaz Fadzil masih hidup tentu dapat merasakan kelainannya. Ini kerana Ustaz Fadzil tidak pernah menggunakan alasan “wala’” didalam menjalankan tugas beliau sebagai Presiden/Yang Dipertua Agung PAS.
Saya masih ingat Muktamar PAS 1990 di Kota Baru. Ia adalah Muktamar PAS yang pertama selepas kemenangan di Kelantan selepas pilihanraya 1990.
Di waktu itu, Pemuda PAS begitu lantang mengkritik beberapa idea dari kepimpinan PAS Pusat. Yang paling lantang adalah Malik Husin yang membidas idea Tok Guru Nik Aziz yang menekankan “Menerang bukan Menyerang”.
Arwah Ustaz Fadzil tidak pernah marah dan gusar apabila dikritik lantang sebegitu. Arwah Ustaz Fadzil menjawab semua hujjah-hujjah yang diberikan oleh Perwakilan. Sehingga dalam isu Ustaz Latif yang dibangkitkan Pemuda masa tu pun Ustaz Fadzil jawab.
Sikap Ustaz Fadzil yang mementingkan hujjah bukan wala’ ini menjadikan ahli-ahli “Wala’” kepada beliau secara OTOMATIK, tak perlu memaksa. Keputusan Ustaz Fadzil JARANG DIPERSOALKAN AHLI dan PENYOKONG sekalipun Ustaz Fadzil TIDAK PERNAH mempromosikan konsep wala’.
Perkara yang sama juga boleh diperkatakan berkenaan Tok Guru Nik Aziz. Sepanjang yang saya mengikuti program beliau, dalaman dan luaran, saya tak pernah dengar beliau mengungkapkan perkataan “Wala’” ini.
Sewaktu Muktamar 1990 itu, Tok Guru telah menegur pimpinan2 yang marah dengan kelantangan Malik Hussin. Tok guru membawa contoh Saidina Umar yang terlanggar kaki seorang yang beriktikaf dalam masjid kerana keadaan yang gelap.
Orang yang dilanggar kaki itu jadi marah dan memaki Saidina Umar dengan memanggil dia buta. Saidina Umar tidak marah, malan hanya meminta maaf sebab terlanggar kaki. Sikit pun dia tak sebut yang dia adalah Khalifah kepada orang yang sedang tidur itu.
WALA’ ADALAH PROGRAM MEN”TERENGGANU” KAN PAS PUSAT
Idea wala’ ni mula popular setelah Presiden yang ada sekarang ni mengambil alih pemerintahan setelah perginya Ustaz Fadzil.
Idea ini adalah menjadi pegangan kepada PAS Terengganu sejak sekian lama. Ahli-ahli dan pendokong-pendokong tidak boleh menegur pimpinan kerana semuanya wala’. Apa yang pimpinan buat, semuanya betul walaupun telah kalah pilihanraya berkali-kali.
Pemilihan jawatan di Peringkat Kawasan dan Dewan pun melanggar Perlembagaan PAS. Namun, tidak pernah dipersoalkan oleh ahli kerana semua ahli PAS di Terengganu wala’ kepada pimpinan.
Setelah memerintah Terengganu pun, idea wala’ ni masih diteruskan. Hasilnya, kita lihat sendiri. PAS Terengganu hanya mampu kekal satu penggal dan sehingga hari ini, tidak dapat merampas kembali Terengganu walaupun UMNO berpecah teruk.
Apabila diberitahu rakyat Terengganu menolak kepimpinan PAS Terengganu yang ada sekarang ini, perkara tersebut ditolak mentah-mentah. Kepimpinan yang ditolak rakyat Terengganu masih dikekalkan. Ahli-ahli dan penyokong hanya diam membisu kerana “Wala’”.
PAS rugi tidak menjadi masaalah. Yang penting ahli mesti “wala’” pada kepimpinan PAS Terengganu. Biarlah kalah macam mana pun, ahli wajib wala’ pada kepimpinan.
Perwakilan Kedah menyatakan kalau hendak menang, kita wajib wala’ pada pimpinan. Kalau begitu, di Terengganu kita tidak sepatutnya kalah kerana ahli semuanya wala’ pada kepimpinan negeri. Namun, mengapa PAS Terengganu terus menerus kalah?
Kadang-kadang perwakilan PAS ni tidak duduk di alam nyata. Mereka duduk di alam fantasi. Mereka tidak sedar bahawa kehidupan di alam nyata ini lain dari kehidupan di alam fantasi.
Beza kepimpinan Ustaz Fadzil adalah Ustaz Fadzil sentiasa hidup di alam nyata. Atas sebab itulah Ustaz Fadzil tidak pernah menolak mana-mana kritikan dan teguran dan Ustaz Fadzil tidak pernah menggunakan alasan “wala’” untuk menutup kelemahan sendiri.
Sahabat2 dulu sememangnya meminta rakyat wala’ pada mereka, tapi mereka tidak pernah menghalang kritikan dan teguran dari sesiapa sahaja.
Habislah PAS kalau terus menerus dihanyutkan dengan budaya PAS Terengganu.
Tulang Besi
ps Ustaz Halim memberi amaran Kedah dan Selangor akan jatuh kalau tidak mendaftar pengundi baru. Saya nak tanya berapa pengundi baru yang PAS Terengganu telah daftar setakat ini?
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
PAS: Waspada dengan blog, 'luncai' luar parti, Jimadie Shah Othman, Jun 11, 10, 10:31am
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mahu semua anggotanya memberikan ketaatan dan wala' (kesetiaan) kepada parti dan pemimpinnya yang "menjalankan tugas sepanjang masa, bukannya bermusim".
Katanya, kesemua pemimpin tersebut - yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang termasuk ulama dan profesional - dipilih sendiri oleh ahli-ahli dalam muktamarnya tahun lalu.
"Adunan ini jugalah yang memperkasakan PAS untuk memimpin negara, dengan menolak jahiliyah sekularisma yang meminggirkan Islam dan memisahkan urusan dunia daripada Islam," katanya.
Berucap dalam muktamar ke-56 parti itu di Pengkalan Chepa hari ini, Abdul Hadi juga mengingatkan anggota dan pemimpinnya tidak terpedaya dan "hanyut bersama luncai di luar parti yang berkeliaran dengan labu-labunya".
"Alhamdulillah, walaupun kita berhadapan dengan cabaran sebegini, tidak ada seorang pun di kalangan kita yang terkeluar daripada bahtera perjuangan mengikut telatah luncai-luncai itu, walau pun menghadapi ribut dan gelombang yang datang dari segenap penjuru," katanya di hadapan kira-kra 2,000 perwakilan dan pemerhati.
Beberapa pemimpin kanan Pakatan Rakyat turut hadir dalam muktamar itu, antaranya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh popular DAP Lim Kit Siang, penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim dan wakil-wakil parti Islam daripada luar negara.
Sementara itu, menyentuh soal hubungan dalam Pakatan Rakyat, Abdul Hadi berkata selepas beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini, terutamanya di Sibu, telah menunjukkan kesetiaan dan kebersamaan gerak kerja yang baik.
"Oleh yang demikian, pendekatan fekah politik Islam yang dipegang oleh PAS menerusi amalan tahaluf siyasi (kerjasama politik) dalam Pakatan, dengan model Islam yang sebenar, akan terus diperkasakan," kata beliau yang juga ahli parlimen Marang.
Bagaimanapun, tambah Adul Hadi (kanan) lagi, penyertaan parti Islam itu dalam gerakan politik Islam mewajibkannya meneruskan persaudaraan ukhuwah (persaudaraan) dengan semua kumpulan Islam dengan penuh tasamuh.
"Inilah yang mewajibkan semua kumpulan Islam berada dalam saf (barisan) perjuangan Islam bersama PAS.
"Ukhwah yang dibina ini pula, wajar untuk digerakkan ke arah melaksanakan tanggungjawab amal Islami yang syumul (lengkap) di segenap pelusuk negara," katanya.
Padah ceroboh rumah, curi penyaman udara
23 minutes ago
1 Komen :
tulang besi adalah munafik dahsyat...ko bukan pejuang sebenar..ko hanya berlampias nafsu terlindung...gua mual dengan pendapat terencat lu..
Post a Comment