BlogList Malaysia

17 June 2010

Wartawan RTM Yang Kurang Ajar

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini hilang kesabarannya apabila diasak oleh seorang wartawan bagi mendedahkan bukti berhubung dakwaannya yang beberapa ahli parlimen PKR disogok RM2 juta dan juga ditawarkan kontrak supaya berpaling tadah.

Walaupun berulang kali berkata beliau akan mendedahkan perkara itu apabila tiba masanya, wartawan dari RTM itu terus mendesak hingga Anwar mula tidak selesa.

Diasak wartawan radio stesen kerajaan itu yang hanya dikenali sebagai Tukimin, Anwar sebaliknya berkata, pelbagai pendedahan sebelum ini dibuat oleh Pakatan Rakyat tapi siasatan hanya separuh jalan.

"Saya hendak tanya balik, saya sudah buktikan VK Lingam. Adakah ada tindakan? Saya telah buktikan video VK Lingam dan dibuktikan sah. Mengapakah tiada tindakan?


"Saya sudah buat kenyataan, saya akan keluarkan pada ketikanya," katanya.

Suasana di lobi parlimen itu hangat seketika apabila wartawan RTM itu cuba mengasak Anwar dengan alasan masyarakat luar mahu mengetahui sejauh mana kebenaran dakwaan sogokan berkenaan.

"You tanya Menteri you, mengapa tidak ambil tindakan VK Lingam dulu. Kemudian bila dia jawab, you tanya saya pula. Bila saya hendak keluarkan kerana bila saya hendak keluarkan, you kena tanya kepada menteri you, ada atau tidak hendak ambil tindakan?

Tukimin yang masih berdegil akhirnya dicabar oleh Anwar supaya mengeluarkan kenyataan beliau berhubung beberapa skandal rasuah yang masih belum selesai.

"Ya, saya cabar RTM sekarang keluarkan kenyataan saya... ya berani atau tidak, keluarkan kenyataan saya. Ini wayang mereka...keluarkan PKFZ, apa tindakan? Keluarkan PERWAJA, apa tindakan? Keluarkan skandal Eurocopter, apa tindakan? Scorpene, apa tindakan? Laporan Audit Negara, apa tindakan?"

Anwar sebelum ini dilaporkan sebagai berkata, beliau akan memberi keterangan dan mendedahkan maklumat mengenai orang perantaraan yang menyediakan berjuta- juta ringgit kepada mereka yang melompat parti apabila tiba masanya.

2 Komen :

Anonymous ,  June 18, 2010 at 12:20 PM  

tuan blog,
YB zahrain memang menatang katak yangbodoh membiarkan Bn menggunakan dia. Bodoh dan tiada maruah melemparkan fitnah pada DS Anwar.

Saya mendapat maklumat:

tuan admin blog ini bininya curang dengan main fesbuk. maklumat itu mengatakan, admin blog ini punya bini ada skandal dengan laki orang dan dipercayai bos dia sendiri. hari-hari main fesbuk sampai laki dia iaitu admin blog ini tak sedar bini dia tidur dengan laki orang pasal laki dia sibuk main blog ini.

maklumat yang saya terima juga kata anak perempuan admin blog ini juga selalu diangkut mat rempit. tapi yang saya tak tau la betul ke salah.

betul ker tuan admin? atau fitnah jer..pasal orang pas suka pada fitnah dan percaya habis. saya orang pas baru register bulan lepas pasal nik aziz dah janji syurga untuk saya.

baik cek bini takut2 dia curang..betul nie.

"Berani bini tuan buat berani la dia tanggung"

bloglist malaysia June 18, 2010 at 6:44 PM  

Kahkahkah... Memang lawak la anon..

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas