BlogList Malaysia

06 June 2010

Sukarelawan: Contohi Ketegasan Turki, Erdogan Wira Kami

Seorang daripada 12 sukarelawan negara meminta kerajaan Malaysia mencontohi ketegasan kerajaan Turki dalam menangani sebarang isu melibatkan keganasan Israel Zionis.

Sukarelawan Life Line For Gaza yang Majlis Perundingan MAPPIM, Mustafa Mansur menyifatkan pembebasan mereka disebabkan tekanan dari kerajaan Turki, khususnya Recepp Tayibb Erdogan.

Ketegasan Turki yang memberi amaran keras kepada Israel antara faktor utama mempercepat pembebasan tahanan Mavi Marmara.

Mustafa berharap kerajaan Malaysia pimpinan Umno Barisan Nasional bertegas dan menyifatkan amalan lemah lembut kerajaan terhadap regim Israel Zionis, sebagai petanda buruk.

“Kalau kerajaan masih berlembut lagi dengan regim Zionis, inilah petanda yang buruk kepada sejarah kemanusiaan, bukan sejarah Malaysia sahaja. Bayangkan kalau tidak ada Erdogan?


"Erdogan bagi masa 3 hari, kalau kamu tidak lepaskan orang kami atau orang lain di dalam negeri kamu dalam masa 3 hari, kami akan mulakan serangan,” katanya yang percaya ketegasan Erdorgan sentiasa digeruni regim Israel Zionis.

“Kerana ada Erdogan, semua lemah lutut termasuk Israel. Alhamdulillah, kita patut berterima kasih kepada Turki. Kita harap kerajaan Malaysia dapat menjalankan inisiatif yang baik untuk melakukan sesuatu..." katanya.

Mustafa juga menyifatkan pembebasan aktivis misi kemanusiaan ini sebagai petanda yang Israel kian tertekan.

“Pembebasan kami bukan bererti kami mengalah dan menyerah tetapi pembebasan kami tanda bahawa Israel tertekan dan kami akan terus berusaha segiat mungkin, seramai mungkin. Kita mahu mengajak seramai mungkin rakyat Malaysia menyedari hakikat bahawa Israel adalah negara haram - yang patut dihapuskan daripada muka bumi ini,” katanya.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas