Kira-kira 500 orang membanjiri kawasan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini pagi ini bagi melahirkan rasa marah ekoran tindakan ketenteraan Israel ke atas konvoi kapal yang membawa bekalan kemanusiaan ke Gaza semalam.
Mendahului mereka yang menyertai perhimpunan aman ialah Majlis Perundingan Melayu (MPM) dan Lifeline 4 Gaza.
MPM yang diketuai Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menyerahkan memorandum kira-kira 10.50 pagi manakala Lifeline 4 Gaza 15 minit kemudian.
Ibrahim menyerahkan memorandum kepada Setiausaha Politik Kedutaan AS Brian McPeter.
Turut mengambil bahagian ialah pelajar-pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa yang turut mengutuk serangan Israel sambil menggesa agar produk-produk Israel dipulau.
“Israel adalah lanun antarabangsa!” kata seorang anggota Perkasa, pertubuhan bukan kerajaan Melayu terbesar negara ini pimpinan Ibrahim, sambil melaungkan “Allahu-Akbar”.
Peserta juga melaungkan “Jahanam Israel” dan “Hidup Palestin” di tengah-tengah kawalan polis yang agak sederhana.
Ketua Konvoi Lifeline 4 Gaza, Zulkefli Mohd Nani berkata, mereka menyerahkan memorandum bantahan terhadap Israel sambil menggesa agar Amerika Syarikat memberi maklumat tentang keadaan sukarelawan yang menjadi sasaran serangan rejim Yahudi.
“Kami pasti Amerika Syarikat mempunyai maklumat. Selain itu kami mahu AS beri bantuan dengan merawat sukarelawan yang cedera,” katanya.
Barisan Pemuda Barisan Nasional (BN) dengan diketuai Khairy Jamaluddin menyerahkan memorandum kepada Pejabat Perwakilan PBB di Jalan Dungun dekat ini.
01 June 2010
Rakyat Malaysia Protes Serangan Israel
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)

0 Komen :
Post a Comment