Datuk Seri Najib Razak mengalu-alukan cadangan nama bagi anak kucing yang dibelinya semalam.
“Saya dan keluarga saya dalam proses memilih nama baginya, tapi saya mengalu-alukan cadangan daripada anda,” kata Najib dalam laman blognya www.1malaysia.com.my hari ini.
Perdana Menteri berkata beliau pernah membela kucing sebagai binatang manjaan.
“Bila saya mengangkat si kecil ini, saya terus terpaut kepada makhluk yang sedap dipeluk ini.
“Saya pasti anak perempuan saya akan gembira bertemu dengannya bila pulang ke rumah nanti,” katanya.
Najib berkata semasa berada di majlis pelancaran kempen '”Beli Barangan Malaysia”, beliau berkesempatan membeli beberapa barangan peribadi dan antaranya ialah pembelian tanpa dirancang: seekor anak kucing Parsi berbulu jingga dan putih. – Bernama
2 Komen :
Namakan Altantuya kalau kucing betina, kalau jantan namakan Sharibu.
Semasa aku kat Kota Bharu baru-baru ni....Najib turun ke sana...awalnya dia pergi ke Tumpat kata surat khabar umno mamat tu diiringi 5000 orang Siam...HEBAT.
Program kedua Najib sepatutnya di Stadium Sultan Muhammad IV , tetapi Allah punya kuasa petang itu(maghrib)hujan ribut turun dengan kilat petir sekali.Orang yang hadhir ramai sungguh....lebih kurang 500 orang.
Lepas tu mamat tu balik dan diwakilkan kepada Mustapa Mohamed, tengah berucap black out..terpaksalah guna "healer"..kesiannya aku tengok puak umno ni.
Dari risik-risik yang dengar...orang Kelantan marah sebab masuk rumah orang sampai ke dapur tetapi tuan rumah tidak pelawa langsung.
APA PUNYA BANGANG PUAK NI.
Post a Comment