Pengerusi Perak DAP Datuk Ngeh Koo Ham mendakwa Adun Malim Nawar Keshvinder Singh, yang keluar parti itu atas alasan ‘kewangan’ dan kepimpinan DAP, kemungkinan terpikat dengan ganjaran ditawarkan Barisan Nasional (BN).
Pada sidang media ringkas di lobi bangunan Parlimen petang ini Ngeh berkata beliau terkejut dengan pengumuman Keshvinder tetapi menegaskan wakil rakyat penggal pertama itu pernah ditawar agar keluar DAP dan menyokong BN.
“Saya terkejut dengan pengumuman beliau, ya, tetapi kami juga tahu bahawa Barisan juga cuba untuk memikat ramai wakil rakyat kami banyak kali,” katanya.
“Keshvinder Singh sendiri pernah membuat laporan di SPRM sebelum ini mengenai tawaran daripada BN,” katanya lagi.
Peguam berusia 39 tahun itu mendakwa tahun lalu bahawa wakil-wakil dari BN ada mendampinginya dengan tawaran RM20 juta untuk keluar parti.
Ngeh bagaimana enggan bercakap lanjut mengenai Keshvinder telah memutuskan untuk menjadi Adun Bebas.
Kata Ngeh, beliau akan mengkaji sebab wakil rakyat itu bertindak menjadi Adun Bebas dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi 11 pagi esok.
“Ramai wartawan tanya saya perkara ini, tentang keputusan Keshvinder mahu jadi wakil rakyat Bebas.
“Oleh kerana saya baru sahaja mendapat maklumat, saya akan mengkaji kandungan kenyataannya dan siasat dengan lanjut sebelum membuat kenyataan,” katanya lagi.
Ngeh menambah Keshvinder tidak pernah menyebut sebarang masalah yang beliau dakwa wujud membabitkan parti sebagai salah satu alasannya meninggalkan parti.
The Malaysian Insider difahamkan wakil rakyat itu berhadapan dengan masalah kewangan, malah keretanya ditarik kerana tidak menjelaskan ansuran bulanan.
Anggota polis ditemui mati tergantung
7 minutes ago
0 Komen :
Post a Comment