BlogList Malaysia

23 May 2010

SPRM Nak Siasat Najib? Betul Ke Berita Nih?

SPRM sedia siasat PM berhubung ‘janji’ Sibu



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat dakwaan bahawa Datuk Seri Najib Razak telah melakukan kesalahan pilihan raya dengan menjanjikan bantuan kewangan sebagai balasan menyokong calon Barisan Nasional (BN) ketika pilihan raya kecil Sibu.

Ketua Pesuruhjayanya SPRM Datuk Abu Kassim Mohamed berkata pihaknya akan menyiasat apa sahaja aduan yang dibuat termasuk yang membabitkan Perdana Menteri.

“Semua aduan berkaitan politik wang akan disiasat oleh SPRM. Kami akan menyiasat selagi aduan yang dibuat itu berkaitan dengan politik wang,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri forum Transparency International Malaysia.

Minggu lalu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika dihubungi The Malaysian Insider mendakwa ia tiada kuasa menyiasat isu yang dibawa oleh DAP, antara lain berkata ia terletak di bawah bidang kuasa SPRM.


“Ini adalah tanggungjawab kita. Kami kena menyiasat siapa yang datang kepada kami dan aduan berkaitan dengan politik wang atau apa sahaja yang berkaitan dengan rasuah,” kata Abu Kassim.

Pengarah Siasatan SPRM, Mustafar Ali pula menambah aduan dibuat menyentuh tentang kenyataan Najib.

“Ya, kami ada menerima beberapa aduan daripada beberapa pihak ketika pilihan raya kecil.

“Jadi, kami telah memulakan siasatan. Kami akan menyiasat mana-mana parti (terlibat),” katanya.

Menurut beliau, pihaknya ada menerima dua aduan, masing-masing satu ketika di Hulu Selangor dan satu lagi di Sibu.

“Jadi, kami mengambil tindakan ke atasnya,” katanya.

“Kami ada menerima beberapa aduan dan kami akan mengambil tindakan.

“Aduan dibuat terhadap kenyataan dibuat perdana menteri,” katanya.

Najib membuat janji itu saat-saat akhir sebelum kempen berakhir di kubu kuat DAP bahawa akan menyediakan peruntukan RM5 juta bagi projek mitigasi banjir di Rejang Park jika calon BN menang.

“Jika Robert Lau menjadi Ahli Parlimen pada hari Ahad, pada Isnin saya akan meminta supaya cek disediakan. Boleh kita buat perjanjian? Kita buat! Anda mahukan RM5 juta, saya mahukan Robert Lau menang,” kata Najib yang juga Pengerusi BN ketika kempen ceramahnya itu.

Karpal mendakwa kenyataan Najib itu sesuatu yang “memalukan” dan “tidak pernah berlaku” sebelum ini.

“Saya mahu Suruhanjaya Pilihan Raya menyiasat Perdana Menteri. Ia satu kesalahan yang serius. Ia sangat jelas. Beliau berkata ‘kita adakan perjanjian, jika Robert Lau menang, kami akan memberi anda RM5 juta’,” kata beliau dengan merujuk kepada peruntukan Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Kerusi itu dimenangi calon DAP.

Mustafar berkata, SPRM kemungkinan mempertimbangkan untuk memanggil Najib bagi tujuan siasatan.

“Bukan sakarang, tetapi jika perlu sudah pasti kami akan memanggil sesiapa sahaja intuk diambil keterangan dan relevan kepada kes ini,” katanya lagi.

3 Komen :

Anonymous ,  May 23, 2010 at 6:52 PM  

CAKAP BOLEH LAH..MANA ADA TELOR NAK BUAT KERJA2 INI..BUKTIKAN KEPADA RAKYAT BAHAWA PENJAWAT AWAM BEBAS DARI KEKANGAN POLITIK.1 MALAYSIA RESPEK ANDA.

azman kamarul May 23, 2010 at 11:00 PM  

ITU CAKAP ORANG TAK BERJAWI....MANA ADA BUKTI SEBELUM INI YANG SPRM BERANI USIK PUAK-PUAK MENTERI UMNO YANG ADA KES RASUAH.

CAKAP TU HANYA NAK MENIPU SAJA TAK LEBIH DARI ITU.

azman kamarul May 23, 2010 at 11:01 PM  

KALAU LAH ALLAH SWT MENTAKDIRKAN KITA BOLEH MATI 10 KALI...AKU TOBAT LAHUM TAK PERCAYA DENGAN SPRM NI...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas