Lulus lesen Judi Mungkinkan Industri Pelacuran Dilesen
Tindakan kerajaan yang menghalalkan lesen judi untuk Piala Dunia dibimbangi akan mendorong pelacuran akan menjadi industri yang akan dilesenkan.
"Kemungkinan esok akan ada pelacur berlesen atas alasan sama iaitu untuk mengelak orang melanggan pelacur tidak berlesen kerana masalah AIDS, makan kerajaan saran pergi kepada pelacur berlesen," kata Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Abidin yang dipetik dari media.
Beliau berkata, amalan kerajaan Umno dan Barisan Nasional(BN) bakal meruntuhkan institusi keluarga dan bakal merosakkan masyarakat dan negara dengan perlahan -lahan.
"Pelbagai alasan boleh dikeluarkan untuk membenarkan aktiviti yang salah ini. Yang sebenarnya di sebalik semua ini ialah hasrat kerajaan untuk mencukaikan rakyat. Masalah kerajaan pemerintah, mereka mentakrifkan kalau berlesen, ia bukan jenayah
"Ini semua hanya alasan sahaja, saya tidak lihat apa-apa perkara yang kukuh di sebalik itu melainkan kerajaan ingin memperolehi cukai dari lesen judi ini," jelas beliau. - erapakatan
Apa kata Adun Bersatu lepas gugur dari exco
22 minutes ago
2 Komen :
Tidak hairan jika ini berlaku.Selagi umat Islam sendiri tidak mahu menginsafi diri dan kembali kepada ajaran Islam dan masih sanggup menggadai agama Islam dengan menyokong pemerintah yang telah sesat maka suatu hari nanti negara ini akan menjadi negara yang membayar gaji kakitangannya,memberi bantuan pelajaran rakyatnya,membaqntu rakyat miskinnya dengan HASIL CUKAI JUDI,ARAK DAN AIR LENDIR.
mungkin tak lama lagi...dadah pun akan diberi lesen....morphin,heroin,ganja,syabu dan laih2 dadah mungkin akan di lesenkan....ewah ewah....dah mcm cerita p ramlie pulak nanti....jual ganja boleh terang2an tapi jual belacan kena sembunyi2....kahkahkah....pusat2 serenti semua kena tutup le....hisap dadah dah boleh kat mana2 aje...mcm hisap rokok...pusat2 serenti tu pun banyak meghabiskan duit aje....kahkahkah.....klu judi di halalkan,arak di halalkan,pelacuran di halalkan....asalkan ada lesen dan kerajaan dapat pungut cukai....mungkin juga satu hari nanti dadah pun akan di halalkan ..asalkan kerajaan dapat pungut cukai.....sape pulak nanti dapat lesen mengimpot,memproses dan mengedarkan dadah berlesen tu...kahkahkah....vincent juga ke....kahkahkah....oh malaysia negara ku tercinta.....
Post a Comment