Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) akan menganjurkan demonstrasi bantahan terhadap pelaksanaan lesen judi bolasepak Piala Dunia pada minggu ini ekoran Pemuda PAS dan Angkatan Muda Keadilan menganjurkan protes berkenaan minggu lepas.
Ketua Wira Perkasa Malaysia Arman Azha berkata, Perkasa menyeru semua pihak terutamanya golongan Islam supaya membantah sekeras-kerasnya tanpa mengira fahaman politik untuk membantah lesen judi sukan yang telah diluluskan.
"Kita perlu bantah lesen judi yang diluluskan supaya anak bangsa kita tidak terdedah dengan aktiviti perjudian secara terbuka.
"Perkasa memandang serius mengenai judi bolasepak yang diluluskan kerana ia bertentangan dengan status Malaysia sebagai negara Islam," katanya.
Menurutnya, kerajaan perlu menilai semula kelulusan lesen tersebut yang diberi kepada syarikat kroni Barisan Nasional kepunyaan Vincent Tan, Bcorp anak syarikat Berjaya Corp Bhd.
Arman berkata, perjudian secara terbuka akan menyebabkan semua golongan terdedah dengan hutang melalui pinjaman peribadi seperti ‘Ah Long’ dan mungkin juga meminjam dari bank-bank tempatan semata-mata untuk berjudi sukan bolasepak Piala Dunia kali ini.
Anak bangsa Malaysia akan musnah
"Kalau kerajaan ingin melihat anak bangsa musnah di negara ini, luluslah banyak lagi lesen judi di negara ini termasuklah pembukaan kasino kepada orang Melayu atau Islam.
"Perkasa terkilan dengan tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bolasepak dan ia menunjukkan kerajaan tidak memperlukan nasib bangsa di negara ini terutama golongan Islam," jelasnya.
Beliau menyeru agar semua golongan Melayu dan Islam meneruskan bantahan terhadap kelulusan lesen judi tersebut supaya ia dapat di hapuskan segera sebelum bermula Kejohanan Piala Dunia pada 11 Jun depan.
Dari mengalami kehilangan hasil judi sukan haram yang bernilai berbilion ringgit, kerajaan telah bertindak menghalalkan aktiviti judi bolasepak baru-baru ini.
Menurut ketua penyelidikan Kenanga Investment Bank, Yeonzon Yeow, kerajaan dijangka mengaut hasil sebanyak RM480 juta setahun dari anak syarikat Berjaya Corp ini.
"Ini berdasarkan kutipan cukai sebanyak 8% dari jumlah hasil pendapatan sebanyak RM6 bilion, anggaran jumlah hasil yang boleh diperolehi dari aktiviti judi sukan ini," katanya.
18 May 2010
Perkasa Ambil Masa Yang Lama Bantah Judi Bola
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment