Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat menyiarkan komen berbaur ugutan bunuh terhadap Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laman web sosial, Facebook.
Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata lelaki yang berumur dalam lingkungan 20an itu diberkas sepasukan polis di Butterworth, Pulau Pinang, semalam.
“Sepasukan polis menahan suspek itu di satu kawasan di Butterworth kira-kira pukul 9 malam berhubung kes penyiaran ugutan bunuh terhadap Nik (Abdul) Aziz,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata bagaimanapun siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengetahui sama ada suspek adalah pemilik sebenar laman sosial itu dan juga individu yang bertanggungjawab menyiarkan ugutan bunuh terbabit.
Sabtu lepas Dewan Pemuda PAS membuat laporan polis berhubung kenyataan ugutan bunuh yang dipaparkan dalam sebuah laman web sosial milik seorang lelaki terhadap Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas itu.
Laporan polis itu dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan At-Tantawi di Balai Polis Chow Kit selepas membaca mengenai ugutan bunuh itu di laman Facebook.
Dalam laman webnya lelaki itu dikatakan sanggup dihukum gantung jika dapat membunuh ‘‘Nik Aziz’’.
Zulkarnain berkata bagaimanapun polis belum dapat mengenal pasti sama ada suspek adalah pemilik sebenar laman itu dan individu yang bertanggungjawab menyiarkan ugutan bunuh berkenaan.
“Kami sedang mendapatkan tempoh reman terhadap suspek bagi menjalankan siasatan lanjut sebelum dia dibawa ke sini (IPD Dang Wangi) untuk disoal-siasat,” katanya.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. — Bernama
03 May 2010
'Pembunuh' Tok Guru Nik Aziz Ditahan Polis
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
cilaka
,
pemuda umno
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
3 Komen :
Facebook adalah medan sembang. Dulu orang sembang kedai kopi, sekarang zaman dah moden, sembang dalam internet. Biarkan dia nak kata nak bunuh siapa, nak jadi pedana Menteri, nak jadi raja, bukan apa dia cuma nak pelepas tekannan.
Yang sakit kenapa dia tergamak panggil tok guru "setan" secara terang.
Esok sebelum subuh dibebaskan...kes disiasat......blogger yang menyiarkan berita tersbut ditangkap untuk distuduh di bawah akta hasutan....bahalol yang kata nak bunuh TGNA dibebaskan.
kahkahkah.....makan nasi lokap le kau.....kahkahkah....klu pemuda umno tentu ada backup juga kan.....kahkahkah....hishamudin kan bekas ketua pemuda umno....khairy ketua pemuda ...tentu sedih bila pahlawan umno makan nasi lokap....nak tahu tahu sedap tak tak sedap nasi lokap pi tanya teresa kok....klu tak caya cakap teresa kok....boleh tanya murugiah.....kahkahkah.....perwira umno le tu.....tak lama lagi dapat le apa2 pingat anugerah....S.T.K.....samseng taik kucing....kahahahahahkahkahkahkoh
Post a Comment