BlogList Malaysia

22 May 2010

Nepotisme Dalam Parti Milik Keluarga Samy Vellu

V. Mugilan meneruskan serangan ke atas kepimpinan Datuk Seri S. Samy Vellu sambil mendakwa presiden parti itu mengamalkan nepotisme dengan melantik satu-satunya anak lelaki beliau sebagai anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC).

Turut membuat dakwaan itu ialah salah seorang CWC, G. Kumar Aamaan yang turut berkata, pelantikan S. Vell Paari oleh Samy Vellu minggu lalu menunjukkan presiden itu mahu anaknya mewarisi beliau kelak.

Samy Vellu menggunakan kuasanya untuk memecat Mugilan.

Kini Kumar dilihat berhadapan dengan risiko dipecat.

The Malaysian Insider difahamkan pelantikan Vell Paari sebagai anggota CWC tidak dimaklumkan pada mesyuarat jawatankuasa itu yang berlangsung minggu lalu.

Vell Paari pula memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau menerima jawatan itu selepas tanggungjawab moral menyelesaikan isu Maika Holdings selesai.

“Samy Vellu mempunyai rancangan untuk memastikan Vell Paari pada satu hari nanti menjadi presiden parti,” kata Mugilan beliau pada sidang media diadakan di sini hari ini.


Bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC itu memberitahu, tiada siapa yang mengetahui pelantikan Vell Paari yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Maika Holdings, saya pelaburan MIC ditubuhkan Samy Vellu 26 tahun lalu, sebagai anggota CWC.

“Vell Paari tidak pernah bertanding mana-mana jawatan setakat ini, semua jawatan diberikan kepada beliau dengan dilantik, termasuk jawatan sebagai ketua Maika Holdings,” kata beliau.

Vell Paari, 44, juga merupakan penasihat Pemuda MIC.

“Vell Paari tidak dapat menguruskan Maika dengan baik, adakah patut dilantik sebagai anggota CWC?” kata beliau.

Mugilan berkata, Samy Vellu juga meneruskan amalan nepotisme dengan melantik menantu Shaila Nair sebagai Timbalan Ketua Puteri MIC.

Dalam dakwaannya, Kumar pula mempersoalkan bagaimana Samy Vellu boleh melantikan anaknya sebagai anggota CWC tanpa berunding dengannya dan juga K.P. Samy.

Kumar dan Samy merupakan anggota CWC, dipilih September lalu daripada kalangan kumpulan tidak direstui Samy Vellu.

Kedua-dua mereka juga telah mendesak Samy Vellu berundur daripada jawatan presiden MIC dengan segera.

“Kami adalah anggota CWC tetapi tidak dirunding sama sekali (mengenai pelantikan Vell Paari),” katanya.

“Ia jelas bahawa Samy Vellu cuba mewariskan parti ini kepada anaknya.

“Ini hanya adalah segelintir daripada nepotisme yang berlaku dalam MIC,” katanya.

Kumar berkata, ada ramai lagi saudara mara dan keluarganya yang memegang jawatan dalam parti tersebut.

“MIC yang diketahui umum adalah Malaysian Indian Congress bukan My Indian Congress sepertimana yang dijalankan oleh Samy Vellu,” katanya.

Mengenai tindakan kemungkinan dikenakan parti, Kumar berkata, beliau bersedia untuk menghadapi apa juga tindakan parti.

“Saya bersedia jika parti mahu mengambil tindakan tetapi sampai pagi ini saya tidak menerima apa-apa makluman,” katanya.

Mugilan pula berkata beliau akan membuat rayuan Isnin ini tetapi hanya mahu dikekalkan keahliannya dalam parti.

Katanya, beliau sanggup tidak dikekalkan sebagai orang nombor dua pegerakan Pemuda jika rayuannya diterima.

“Saya akan membuat rayuan tetapi saya tidak mahu jawatan dikembalikan jawatan Timbalan Ketua Pemuda MIC,” katanya.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas