BlogList Malaysia

13 May 2010

Ketua Polis Selangor Angkuh Dan Bongkak

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor kecewa dengan keengganan Ketua Polis Negara dan Selangor memohon maaf kepada keluarga Aminulrashid Amzah, remaja berusia 15 tahun yang mati ditembak polis 26 April lalu.

Ketua Penerangan AMK Selangor, Mohd Ezli Mashut pada kenyataan media hari ini, berkata AMK Selangor berasa amat dukacita kerana sewajarnya polis tidak menunjukkan sikap profesionalismenya dalam hal itu.

Beliau yakin, maruah dan imej PDRM tidak merudum jika mereka bersedia memohon maaf secara terbuka kepada keluarga mangsa dan tindakan itu diyakini membantu imej polis yang tercalar teruk mutakhir ini.

Katanya, polis juga wajar membersihkan nama baik Aminulrashid berikutan dakwaan mereka sebelum ini, sekali gus mengelak keluarga mangsa tidak dibebani dengan dakwaan sedemikian.


Dalam pada itu, Mohd Ezli berkata, AMK Selangor mengulangi gesaan supaya prosedur polis diperbaiki bagi mengealkkan kejadian sedemikian berulang.

"Kita yakin polis mampu menangani situasi sedemikian dengan baik kerana mutu dan kerja profesionalisme PDRM sebagai pasukan keselamatan amat diperlukan rakyat dan negara," katanya.

Mohd Ezli berkata, AMK Selangor juga menggesa tekanan kerja yang dihadapi anggota polis selama ini dikaji dan diperbaiki bagi memastikan mereka mampu menangani bebanan tugas yang berat dan mencabar.

Sehubungan itu, katanya, AMK Selangor mahu memastikan kebajikan anggota polis terus diutamakan termasuk aspek perumahan, kebajikan keluarga anggota dan sistem gaji bersesuaian.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas