BlogList Malaysia

04 May 2010

Kelicikan Senator Ezam Membuatkan Khairy Dan Rais Semakin Lemas

Hanya Khairy Jamaluddin yang tidak akan suka tajuk artikel ini buat selama-lamanya. Ezam kini setaraf dengannya apabila menjadi Senator pilihan Najib untuk menjadi catur pilihan menyingkirkan Ketua Pemuda Umno Malaysia. Setelah kudrat bekas calon Khir Toyo dan Mukhriz Mahathir semakin menyepi maka ayam sabung baru Najib yang bernama Ezam akan menunjukkan jalan balik Khairy ke Rembau buat selama-lamanya.

Ezam ni manusia cerdik, bukan sahaja dia lebih cerdik daripada Khairy malah beliau akan lebih cerdik dari Rais Yatim yang juga merupakan bekas MB kepada Khairy semasa zaman bebudaknya dulu. Kita lihat persamaan serta kecerdikan Ezam dan Rais ini.


Adakah Ezam sama pula dengan manusia hipokrit terbesar 1Malaysia iaitu Rais Yatim yang dianugerahkan gelaran itu oleh Tamrin Ghafar baru-baru ini? Tepuk dada tanyalah Ibrahim Ali untuk memberikan jawapannya. Rais keluar UMNO masuk Semangat 46 sehingga membakar jambatan tetapi menjilat balik UMNO dan mendapat pula jawatan sebagai Menteri, manakala Ezam pula keluar UMNO masuk PKR dan masuk UMNO semula dan mendapat pula jawatan Senator.

Senario ini mungkin sama tetapi jika diperhatikan Rais lebih cerdik dari Ezam sebab Rais dapat membina jambatan yang terbakar tetapi Ezam pula bukan sahaja kotak yang hilang tetapi nak ganti kotak yang baru pun tidak mampu. Akhirnya jadilah sesumpah 1Malaysia. Tetapi Ezam boleh menjadi lebih cerdik dari Rais Yatim jika Ezam mengumpul kekuatan dan kehebatan pidatonya dengan bantuan Najib untuk merampas kerusi Ketua Pemuda Umno Malaysia. Dan akhirnya Ezam akan dilantik pula menjadi Menteri sehinggalah PRU13 kerana selepas daripada itu PR pula telah mendapat dua pertiga majoriti untuk mentadbir 1Malaysia. Pada masa itu Ezam akan menjadi lebih cerdik untuk terus menjadi sesumpah 1Malaysia dengan masuk ke dalam PKR semula. Begitu susah melayan karenah orang cerdik yang tidak mengira tempat sebab itulah sesumpah hidup dengan cara berpindah-randah dan boleh pula menukar warna di badan sesuai dengan tempat dia melekat. Jika payah menyebut sesumpah maka sebutlah dengan nama yang canggih “Cameleon 1 Malaysia”..

Putera Melaka.

2 Komen :

Anonymous ,  May 5, 2010 at 1:42 PM  

takyah nak laga org lah..nak cari kes lah tu..nak plain buat kecoh supaya kes dia jadi tanguh..biar org lupa kononya dgn isu bontot dia tu..ini semua game dah masak dan ada dalam kepala semua rakyat..aku je pembangkang yg dah bosan dgn sikap dan cara pembangkang..tak habis nak lagakan org..sendiri punya hal taknak jaga..org lain punya hal lu org sibok..lu org sendiri buat jahat..lu org sendiri tuduh org..lu org sendiri cari kesalahan org..utk tutup lu org punya pekong..sebab lu punya pekong sudah nak pecah..plssssss lah..jaga je kain sendiri elok2..koyak kain org lu nampak..lu tak pakai kain lu sendiri pun tak sedar..

bloglist malaysia May 5, 2010 at 4:00 PM  

Kahkahkah... Selama ini umno jaga kain sendiri ke anon?

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas