Ketua Undi Pos pilihan raya kecil Sibu bagi Pakatan Rakyat, Zaidi Ahmad menyanggah tuduhan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya yang mengatakan ajen parti itu yang menyebabkan kelambatan pengumuman keputusan undi pos semalam.
Malah Zaidi berkata pegawai SPR termasuk beberapa pengarah SPR negeri dan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Omar yang sebenarnya menghalang tugas agen sah yang dilantik calon DAP, Wong Ho Leng untuk memantau dan meneliti undi pos.
"Timbalan Pengerusi SPR, Pengarah SPR Pahang, Pengarah SPR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memberi tekanan dan seolah-olah memaksa petugas kami yang menjaga peti undi pos supaya mengenepikan peraturan yang SPR buat sendiri dan memaksa petugas kami mempercepatkan proses pengundian.
"Sebenarnya SPR yang melanggar undang-undang mereka sendiri dalam keinginan untuk memenangkan calon Barisan Nasional," kata Zaidi ketika dihubungi Suara Keadilan.
Zaidi menjelaskan terdapat 2,808 undi pos yang mana setiap pengundi pos akan diberikan Sampul Keutamaan yang mengandungi tiga item iaitu Sampul A, Sampul B dan Borang 2.
Sampul A pula mengandungi kertas undi sementara Borang 2 adalah borang identiti pengundi pos.
Setelah pengundi pos memangkah kertas undi serta menandatanganinya ia dimasukkan semula ke dalam Sampul A dan begitu juga Borang 2 yang telah ditandatangan.
"Berbanding undi biasa, undi pos amat teknikal sifatnya, sebab itu kami mengambil masa berjam-jam untuk meneliti dan memeriksa setiap undi pos supaya tidak berlaku penipuan. Kita mesti ingat peraturan SPR membenarkan pengundi pos membawa balik kertas undi pos dan timbul kemungkinan kertas undi tersebut dipangkah oleh pihak lain dan bukan pengundi pos tersebut. Kita mesti buat bantahan dan tolak mana-mana undi yang cacat dan disyaki undi hantu. Kita membuat kerja dalam kerangka peraturan dan undang-undang yang SPR buat bukan di luar peraturan. Jadi SPR kena hormat undang-undangnya sendiri dan tidak menuduh pihak lain tidak bertanggungjawab.
"Yang melambatkan ialah SPR kerana untuk membuat perjumlahan setiap peti undi pos mereka mengambil masa dua jam walhal ianya boleh dilakukan dalam masa 5 ke 10 minit sahaja. Mungkin kita perlu adakan kelas matematik asas untuk pegawai SPR yang bertugas semasa pilihan raya," kata Zaidi sinis.
Beliau juga membidas sikap SPR berusaha untuk menjadi rakan BN daripada menjadi sebuah badan yang bebas, telus dan adil.
"Kami ada hak sebagai sebuah parti yang bertanding di dalam pilihan raya kecil ini. Kalau SPR nak kerja 'cincai' lebih baik bagi saja semua undi pos itu kepada BN dan sememangnya sejak dulu hingga kini 98 peratus undi pos memihak kepada BN.
"Setiap peti undi ada seorang petugas kami yang jaga dibandingkan BN yang hanya hantar seorang agen untuk memantau 11 peti undi pos. Tetapi apabila keadaan sudah gawat bagi BN dan mereka melihat undi pos akan menentukan hidup mati mereka dalam PRK ini berduyun-duyun mereka hantar wakil yang hanya memakai pas agen yang difotokopi dan bukan pas yang sah tetapi SPR buat tak tahu," tegas beliau.
Pada PRK Sibu semalam Wong menang dengan majoriti 398 undi dengan mendapat 18,845 undi berbanding calon BN, Robert Lau Hui Yew yang memperolehi 18,447 undi manakala calon Bebas, Narawi Haron mendapat 232 undi. Jumlah undi rosak ialah 395.
BN menang undi pos dengan mendapat 2,323 undi manakala Wong mendapat 70 undi dan calon Bebas pula 36 undi.
Lelaki warga asing lari dari Mahkamah sedang diburu
54 minutes ago
2 Komen :
Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Gua nak bagi paham kat blogger blogger Pakatan Rakyat pasal KETAATAN .
i)Babi itu haram buat orang Islam tapi Si Babi taat akan perintah Allah SWT untuk memakan sisa2 terbuang.Walaupun di benci oleh orang Islam si Babi tetap taat kepada BOSSnya iaitu ALLAH SWT.
ii) Azazil ketua syaitan di benci malah menjadi musuh kepada orang Islam tapi Azazil tetap taat dengan perintah Allah SWT untuk memesong akidah orang Islam dan bukan Islam .Walaupun di benci manusia dan Azazil dan keturunannya akan masuk neraka tapi Azazil tetap taat dengan arahan BOSSnya iaitu Allah SWT.
iii) SPR/PDRM/SPRM/FRU/ATM/MAHKAMAH
DAN SEMUA SEKUTUNYA dibenci oleh kesea ahli Pakatan Rakyat termasuk blogger2 pakatan rakyat tapi mereka tetap taat kepada PM 1 Malaysia .SPR/PDRM/SPRM/FRU/ATM/
MAHKAMAH DAN SEMUA SEKUTUNYA tahu benda/perkara mereka lakukan adalah tak betul/salah tapi mereka terpaksa taat kepada BOSSnya iaitu PM 1 Malaysia .
So kepada semua blogger2 dan ahli2pakatan Rakyat jangan salahkan SPR/PDRM/SPRM/FRU/ATM/MAHKAMAH DAN SEMUA SEKUTUNYA kerana mereka kena taat dan telah akur janji kepada BOSSnya PM 1 Malaysia . So salahkan PM 1 Malaysia dan orang orang yg memangkah UMNOBN APCO JUDI
Wah.. hj jamaludin dan cakap gua lu dah sekarang ni... Caya lah lu hj...
Post a Comment