Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Noh Omar merayu Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya tidak melayan permintaan Zaid, yang mahu menghadap baginda bagi menjelaskan maksud artikel Penyelaras Pakatan Rakyat dalam blog peribadinya berhubung larangan Sultan Selangor itu.
“Amat malang, Zaid sebagai seorang peguam hanya tahu mengenai undang-undang sivil, tetapi tidak belajar undang-undang syariah. Zaid perlu tahu di Selangor, titah baginda adalah arahan yang perlu dihormati,” katanya yang turut menyifatkan tindakan Zaid itu biadap.
Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani memberitahu pemberita demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke Pasar Tani Pekan Batu 14, di sini, semalam.
PAS dan Bersatu terus bertelingkah
3 hours ago

1 Komen :
Orang ini lah dulu yang menjadikan kementerian pendidikan ketika itu semakin bercelaru.......masalah disiplin bermacam-macam timbul....agaknya orang ni kurang cerdik kot.
Post a Comment