BlogList Malaysia

19 May 2010

Bung Moktar ' Law Breaker' Di Penjara 1 Bulan

Ahli parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar hari ini dihukum penjara sebulan oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur atas kesalahan berpoligami tanpa kebenaran.

Isteri keduanya, pelakon Zizie Izette Abd Samad pula didenda RM1,000 atas kesalahan bernikah tanpa kebenaran mahkamah, gagal membayar denda, Zizie boleh dipenjara sebulan.

Kesalahan tersebut membawa hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Semalam, mahkamah mendengar hujahan daripada peguam kepada dua tertuduh utama Bung Moktar dan Zizie.


Rayuan bagi lima lagi tertuduh yang merupakan jurunikah dan saksi bagi kes poligami tanpa kebenaran mahkamah itu juga dikemukakan bersama oleh peguam syarie Amli Embong.

Dalam rayuannya terhadap tuduhan yang dihadapi Bung Moktar dan Zizie, Amli berkata mahkamah perlu mengambil kira pengakuan bersalah oleh tertuduh apabila pertuduhan dibacakan kepada mereka.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang hadir hari ini turut membuat kecoh apabila mereka tidak dibenarkan masuk sehingga ahli keluarga tertuduh dan wartawan masuk dahulu ke kamar mahkamah berikutan tempat duduk yang terhad.

Pada perbicaraan semalam NGO yang diterajui oleh kumpulan bertindak untuk kesetaraan gender (JAG) mendesak supaya Bung Moktar mengosongkan kerusi parlimennya kerana melanggar undang-undang ekoran berpoligami tanpa kebenaran.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas