Kerajaan Barisan Nasional Sarawak bertindak membalas dendam dengan menggantung dua Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat selepas kemenangan menumpaskan BN di kubu kuatnya di Sibu Ahad lalu.
Mereka yang digantung ialah Adun Pandungan daripada KEADILAN, Dominique Ng Kim Ho dan Adun Kota Sentosa, Chong Chieng Jen daripada DAP.
Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sarawak, Baru Bian berkata hukuman tersebut adalah bertujuan menutup mulut ADUN Pakatan rakyat daripada memberikan pandangan rakyat di Dewan Undangan Negeri.
"Tindakan Umno-BN menggantung kedua-dua ADUN Pakatan itu tidak adil dengan kesalahan yang mereka buat.
"Mereka menggunakan majoriti yang besar dalam Dewan untuk menghalang ADUN kita daripada bersuara.
Lagi pun katanya, kesalahan yang dibuat oleh dua ADUN berkenaan tidaklah sebesar mana pun tetapi hukuman yang dikenakan menyebabkan mereka tidak boleh masuk ke dewan selama setahun.
"Saya tidak menolak kemungkinan tindakan ini mempunyai hubung kait dengan kemenangan Pakatan Rakyat di Sibu," tambahnya lagi.
Hukuman penggantungan yang berkuat kuasa serta merta itu diumum Speaker DUN Sarawak, Datuk Seri Mohd Asfia Awang Nassar pada hari kedua sidang DUN.
Dominique digantung kerana didakwa menghina dewan manakala Chieng Jen digantung atas alasan mendakwa Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) membohongi rakyat dalam isu banjir.
Gila! ‘Trend’ lompat depan kereta makin menjadi
6 minutes ago
0 Komen :
Post a Comment