Datuk Zahid Ibrahim hari ini dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.
Menurut sumber, pemilihan Zaid itu dibuat oleh biro politik PKR yang bermesyuarat di rumah ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini.
“Keputusan memilih Zaid buat sebulat suara,” kata sumber itu lagi.
Zaid yang juga bekas menteri yang bertanggungjawab mengenai hal-ehwal perundangan ketika dalam barisan kabinet bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum berpaling tadah ke PKR.
Beliau dijangka akan diperkenalkan secara rasmi sebagai calon Pakatan Rakyat di sebuah ceramah di Serendah, malam ini.
Zahid dikatakan sebagai calon terbaik bagi PKR untuk mempertahankan kerusi itu kerana pengalamannya yang luas.
Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong selepas penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada 25 Mac lepas akibat barah otak.
Pada pilihan raya umum 2008, wakil rakyat PKR itu menewaskan calon Barisan Nasional Datuk G Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini mengesahkan bahawa BN akan meletakkan calon daripada MIC untuk bertanding pada pilihan raya kecil yang akan diadakan 25 April ini.
BN dijangka mengumumkan calonnya pada 15 April, iaitu dua hari sebelum penamaan calon, dan desas-desus mengatakan Palanivel akan diberi peluang kedua untuk merampas kembali kerusi yang pernah disandangnya sebanyak tiga penggal itu.
Guru ditahan disyaki simpan senjata, bahan letupan
26 minutes ago
2 Komen :
Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Kita selalu hentam UMNOBN kerana mendewa -dewakan Yb YB Katak seperti Ibrahim Ali,Zul Kulim ,Zahrain DLL katak . Tapi bila PKR ingin menamakan Zaid ( Bekas Ahli UMNOBN ), kita pakat sokong dan mengatakan inilah orang yang terbaik segalanya untuk bertanding di PRK Hulu Selangor . Zaid Ibrahim pun spesis katak malah pernah untuk membawa kes Hukum Hudud ke Mahkamah jika Negeri Kelatan menlaksanakan Hukum Hudud. Apa orang macam Zaid Ibrahim boleh ke Pakatan Rakyat mempercayai ketulusan hatinya untuk kekal dalam Pakatan Rakyat jika beliau menang dalam PRK . Aduh TGNA tolong nasihati DSAI ini jangan membabi buta memilih calon untuk bertanding di PRK Hulu Selangor.
Tok hj jamaludin mari sini nok beritahu...Kelantan tak boleh buat hudud...jangan buat kenyataan yang memeningkan kepala tuan hj sendiri.
Pelaksanaan hudud mesti direstui oleh kerajaan pusat walaupun negeri dah luluskan usul itu TETAPI KERAJAAN YANG DITUNJANGI UMNO DALAM BN TAK KASI...
hj janganlah cakap pusing-pusing..tak elok..tak baik...tak molek..lebih-lebih lagi ada title haji.
Post a Comment