BlogList Malaysia

28 April 2010

Zaid Fail Petisyen Pilihanraya

Datuk Zaid Ibrahim akan memfailkan petisyen pilihan raya supaya keputusan kerusi parlimen Hulu Selangor, Ahad lalu diisytiharkan sebagai tidak sah dan terbatal.

Beliau memberikan alasan pembelian undi dan pemindahan pengundi sebagai hujah petiyennya itu.

“Dalam keadaan seperti, kami akan memfailkan petisyen pilihan raya sebaik sahaja pasukan perundangan saya bersedia,” katanya pada sidang media di rumhanya.

“Mana-mana pengundi di Hulu Selangor yang ingin menawarkan sebarang maklumat yang relevan boleh berbuat demikian di mana-mana pejabat PKR, DAP atau PAS.”

Zaid juga berkata beliau akan menyaman akhbar bahasa Melayu, milik Umno - Utusan Malaysia yang melabelkannya sebagai kaki botol.

“Saya bukan khaki botol. Apa yang saya minum adalah tidak lebih daripada apa yang diminum oleh (Dr) Mahathir (Mohamad) dan pemimpin Umno lain,” katanya.

“Suruhanjaya Pilihan Raya sepatutnya tidak membebarkan kempen berniat jahat dan palsu berkenaan.”

1 Komen :

Anonymous ,  April 29, 2010 at 5:16 PM  

Alahhh, Zaid, kalau dah kalah tu terima jer la. Nak buat patisyen pulak, itu namanya demokrasi ke? Nak menang cara itu ke? Mentang-mentang awak loyar. Awak tu memang dah kalah dan majoriti orang di HULU Selangor tak suka kamu jadi Ahli Parlimen mereka maka terima jer la. Jangan la bagi macam-macam alasan bila kalah. Bos awak tu, Anwar dah lari ke Oslo, dia tinggalkan kamu terkonting-konting. Bos awak ni bukannya bos tapi dia ni penipu yg tak sanggup kalah.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas