BlogList Malaysia

21 April 2010

Tiada Perbezaan Antara Muhyiddin Dengan Blogger Umno

Meskipun berjanji tidak akan berkempen dengan menyerang peribadi calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim, namun Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin gagal mengotakan janji-janjinya itu.

Sebaliknya, serangan peribadi itu dikiaskan dalam bentuk puji-pujian kepada calon BN, P Kamalanathan.

“Dia tidak merokok, tak minum,” katanya kepada 500 orang pada ceramahnya di Ulu Yam Bharu, semalam apabila bercerita tentang ketokohan Kamalanathan.

Kata-kata Muhyiddin itu mendapat tepukan daripada penyokong yang jelas merujuk kepada Zaid yang sebelum ini mengakui bahawa dia pernah minum alkohol ketika bersama Umno.

“Seseorang calon semestinya seorang yang tidak membuat perkara yang tidak bermoral, sesuatu yang bertentangan dengan agamanya,” kata Muhyiddin.


Menurut timbalan pengerusi BN itu, bukan beliau yang menimbulkan isu alkohol itu tetapi meletakkan kesalahan di bahu media massa.

Walaupun berikrar tidak akan berkempen menyerang peribadi calon, Muhyiddin sebelum ini mempersoalkan kekayaan Zaid.

Mengulas pengumuman PKR yang memilih Zaid sebagai calonnya, Muhyiddin mendakwa bekas menteri itu dipilih kerana kekayaan.

Dakwaan itu menyebabkan Zaid mencabar Muhyiddin bersama beliau mengisytiharkan aset masing-masing.

Kekayaan Zaid sekali lagi ditimbulkan secara tidak langsung oleh Muhyiddin semalam apabila beliau berkata Kamalanathan seorang pemimpin yang tidak tahu hidup secara mewah.

“Tidak semua orang di Hulu Selangor hidup dalam kekayaan,” katanya dalam nada menyindir cara hidup Zaid jika dibandingkan dengan kebanyakan pengundi di kawasan itu.

1 Komen :

azman kamarul April 21, 2010 at 3:16 PM  

Muhyiddin bercakap seolah-olah pemimpin umno terlalu bersih....
Sepatutnya rakyat yang layak mengundi harus berfikir 100x apa yang diucapkan oleh mamat ini.

Adakah PEMIMPIN UMNO bersih sebersih kain kapan?

KP UMNO sekarang menang kerana RASUAH.
PEMIMPIN YANG TOGOK AIR KENCING SYAITAN DALAM UMNO CUBA DILINDUNGI.
PEMIMPIN YANG BERJANJI DAN MEMUNGKIRI JANJI DENGAN RAKYAT DI DALAM UMNO CUBA DISOROK.

Sepatutnya mamat ini harus seboleh-boleh tidak mengisukan perkara sedemikian kerana TELAH RAMAI RAKYAT yang tahu tembelang kamu wahai PEMIMPIN UMNO.

Kalau tak percaya TANYALAH MP ROMPIN PAHANG.....yang ddah jadi Duta ke sekutu Israel tu...US.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas