BlogList Malaysia

08 April 2010

Sokong BN Dapat Peluang Ke Washington Percuma

Dua bekas Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas, akan menyertai pelancaran Kokus (Kongres) Malaysia-Amerika Syarikat di Washington, Rabu depan.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dan rakannya Datuk Zahrain Hashim dari Bayan Baru, Kedah merupakan antara tiga anggota Dewan Rakyat akan berada di Amerika Syarikat (AS) minggu depan.

Turut menyertai kedua-dua mereka ialah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika dihubungi mengesahkan Rais dan dua wakil rakyat berkenaan akan menghadiri majlis berkenaan, yang dijangka disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Kami tiada maklumat lanjut, bukan kami yang uruskan perkara ini. Tetapi Datuk Seri Rais akan sertai bersama dan dua Ahli Parlimen yang akan hadir ialah Zulkifli Noordin dan Datuk Zahrain,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Wan Junaidi memberitahu kokus itu akan dilancarkan oleh Najib pada 14 April.

Zulkifli, yang dipecat dari PKR bulan lalu berkata, beliau akan berada di AS untuk menghalusi beberapa kerja menjelang pelancaran kokus berkenan.

2 Komen :

hj jamaludin ,  April 8, 2010 at 2:10 PM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
"Tengok tuah ayam nampak ditajinya"
Untungnya bila sesiapa saja YB yang melompat macam katak dan sokong PM 1 Malaysia dapat habuan pergi Luar Negeri . Ini namanya rezeki badan bukan saja dapat pergi luar negri malah dapat tuntutan elaun perjalanan , makan free , duit poket berisi , dapat tidor hotel mewah dan dapat jumpa pembesar pembesar Yahudi Amerika .
kalau kita sokong DSAI , kita hanya dapat pergi mahkamah , duduk ruang mahkamah , dengar coleteh Hakim 1 Malaysia , pendakwa Raya 1 Malaysia dan peguam pembela dan wartawan media . Setakat e2 sahaja bila sokong DSAI Pakatan Rakyat .So YB YB Pakatan Rakyat tak iri hati ke ? Atau tak nak jadi YB YB Bebas yang bersadarkan kat UMNOBN . Rugi OOOOOOOOOOOO kalau tak join UMNOBN . Ini baru betul YB didahulukan .Ha ha ha ha

azman kamarul April 8, 2010 at 2:45 PM  

Saya sokong Hj Jamaludin.....tetapi bagaimana dengan MP UMNO yang menjadi Naib-Naib Presiden umno atau timbalan presiden....MENGAPA MEREKA DIKETEPIKAN...SANG KATAK DIISTIMEWAKAN? TAK RASA TERPINGGIR KE?

Najib mungkin sedang membina kubu untuk dirinya sendiri.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas