Hanya kerana ‘pisau lipat’ berharga 20 sen yang digunakan untuk memotong poster berunsur provokasi dan fitnah dari Umno-Barisan Nasional (BN) menyebabkan lima anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK), Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditahan polis.
Lima anggota AMK itu kini dilepaskan atas jaminan polis dan dihadapkan ke mahkamah majistret Kuala Kubu Baru pagi ini atas tuduhan di bawah Seksyen 426 Kanun Keseksaan iaitu membawa senjata merbahaya dan bahan letupan.
Menurut Timbalan AMK, Fariz Musa mereka nyata terkejut dengan caj tersebut yang disifatkan tidak masuk akal kerana senjata yang diguna mereka hanyalah ‘pisau kecil’ yang digunakan untuk memotong poster-poster.
"Kami terkejut apabila mengetahui kami di caj di bawah Seksyen 426 Kanun Keseksaan iaitu membawa senjata merbahaya dan bahan letupan, katanya pada sidang media di sini semalam.
Fariz yang turut menceritakan saat-saat beliau ditahan mendakwa tindakan polis ini berunsur politik yang sengaja mahu melumpuhkan jentera pilihan raya AMK.
"Kami ditangkap kira-kira pukul 7.00 petang kelmarin oleh sekumpulan anngota polis yang menyelongkar kenderaan kami sebelum dibawa ke Balai Polis Bukit Sentosa.
"Kami diambil keterangan, digari dan diletakkan dalam lokap untuk satu malam. Esok (hari ini) kami akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu," kata Fariz.
Selain beliau, turut ditahan termasuklah Ahmad Shalizan Safrim, Ahmad Amin Runass, Ahmad Syiha dan Wan Khairun Fazilah.
Dalam pada itu, beliau mendakwa tindakan polis ini seolah-olah wujudnya campur tangan politik untuk melumpuhkan jentera AMK.
Beliau yang juga pengarah jentera pilihan raya AMK berkata ini kerana wujud unsur ‘mala fide’ (berniat jahat) ketika penahanan mereka.
"Kami mohon untuk dibebaskan di Mahkamah Majistret, namun permohonan reman itu ditolak. Maka saya melihat ada unsur ‘mala fide’ kerana polis sengaja memanjangkan tempoh tahanan sehingga 25 April walaupun kerjasama baik telah diberikan," katanya.
Menurut Fariz kesemua mereka akan diwakili peguam Saiful Izham Ramli.
23 April 2010
Polis Dakwa Pisau 20 Sen Sebagai Senjata Bahaya
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
alat bn
,
pdrm
,
prk hulu selangor
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
2 Komen :
kah kah kah
aku menyokong polis kerana menuduh si Fariz membawa senjata yang merbahaya dan bahan letupan.
1- Senjata yang merbahaya yang dibawa fariz boleh menyebabkan isteri beliau membengkak selama 9 bulan, dan akhir sekali menyebabkan pendarahan yang banyak.
2- Bahan letupan yang dibawa fariz boleh menyebabkan orang ramai bertempiaran lari. Silap hari bulan boleh mencemarkan alam sekitar. Tambahan kalau si fariz tidak buang air besar 3 minggu tanpa sebab.
Taniah kepada pihak polis kerana cepat bertindak dan menahan dgn segara 5 orang penyokong PKR. InsyaAllah minggu depan naik gaji lagi.
Patutlah polis tak tahan orang-orang UMNO/BN, rupanya depa semua dah tak bawa senjata... patutlah macam pondan je.... auuu you.
Cabar UMNO/BN tayang depa punya senjata berbahaya... tapi beri pengecualian pada Presiden UMNO... hantar surat cabaran kepada Big Mama .... dia yang simpan senjata puaka tu... sebab senjata tu pandai merayau merata.
Post a Comment