Suruhanjaya pilihan raya hari ini mengakui memindah tempat pengundi tanpa pengetahuan pemilih tetapi memberi bermacam-macam alasan bagi menghalalkan proses pemindahan yang mengambil masa enam tahun.
Malah, SPR mendabik dada dengan mengatakan mereka berhak dan memiliki kuasa berbuat demikian mengikut Seksyen 7, Akta Pilihan Raya 1958 sekalipun ia mungkin menimbulkan keributan pada hari pengundian.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar pada satu sidang media mengatakan SPR berhak dalam menentukan sempadan kawasan pilihan raya.
Beliau menerangkan, persempadanan semula ini dibantu sistem satelit AEGIS sejak 2004 lagi dan Selangor adalah antara negeri yang sudah siap persempadanannya.
Bagaimanapun, beliau gagal sama sekali dalam memberi penjelasan munasabah mengapa proses ini mengambil masa sehingga enam tahun bagi mewartakan kawasan pengundian.
"Kita mula sistem AEGIS sejak pilihanraya Umum 11 selepas dapat kewangan kerajaan, bermula PRU 11 lagi tapi tidak boleh buat serentak. Buat secara berperingkat-peringkat. Negeri yang siap ialah Selangor," kata Wan Ahmad.
Wan Ahmad juga tersasul apabila cuba memberi penjelasan mengenai pewartaan melibatkan lebih 3,000 pemilih yang selama ini mengundi di Sekolah Kebangsaan Kampung Tanjung dalam DUN Batang Kali.
Mengikut pewartaan itu, semua pemilih tersebut dipindah ke DUN Rawang pada pilihan raya kecil kali ini.
"Saudara kena faham, persempadan dibuat secara manual, sekarang ini secara komputer AEGIS. Kita kena buat persiapan betulkan lokaliti. Lokaliti paling kecil dalam peta pilihan raya ialah Tanjung.
"Bila letak di DUN Rawang, kita jadikan Polling District, kita keluarkan dari Sungai Choh. Kita akan warta ehhh memang kita warta," kata Wan Ahmad.
TV Selangor sebelum ini didatangi seorang pengundi, Mohd Ali Ismail yang sudah tiga kali mengundi di Parlimen Hulu Selangor sebelum tiba-tiba tanpa pengetahuannya dipindahkan ke Parlimen Selayang apabila membuat semakan daftar pemilih.
Isu papan tanda: Aneh dan pelik menteri Wilayah masih diam
40 minutes ago
4 Komen :
Kamu bercakap pasal hak kamu tetapi hak rakyat kamu tipu dan belit.
kah kah kah
PRU13 hampir dah! tapi ideal nak menipu tak lagi menjadi, nanti big boss marah.
kah kah kah
bila menipu guna alasan bodoh, budak darjah 1 pun tahu alasan bodoh.
kah kah kah
pengerusi ni sama auta dgn pengerusi yg lepas, cuma beza menipu dalam cerah dengan menipu dalam gelap.
kah kah kah
marah bila org kata kita tipu, tapi hati rakyat marah tak pernah ambil tahu.
kah kah kah
kalau berani panggil aje pemerhati luar yg bebas, tapi pemerhati dalam pun dia tak iktiraf, konon mereka saja yg adil.
kah kah kah
malu lah dunia skrg manusia dah tahu hak asasi mereka, mereka nak nikmati pilihanraya yg ADIIIIIIILLL.
SYATAN BESAR TU... CELAKA PUNYA ORANG TUA...
Spr sudah jadi kuda tunggangan umngok.Gaji pakai duit rakyat tapi takut kat umngok 2la banyak sangat makan rasuah hati dah jadi hitam macam dakwat cina.
Post a Comment