BlogList Malaysia

06 April 2010

Parti Cina Buta Perlembagaan - Perkasa

Pertubuhan Pribumi Kebangsaan (PERKASA) yang sebelum ini dianggap lantang, ekstrem dan ada kalanya kebudak-budakan berhubung tuntutan dan desakan mereka, hari ini mengubah imej itu.

Tuntutan mereka supaya dua pemimpin MCA dan Gerakan serta dua lagi akhbar berbahasa Cina memohon maaf secara terbuka kepada NGO itu yang tamat tempohnya hari ini, tidak disusuli dengan demonstrasi ataupun membakar gambar pemimpin berkenaan.

Sebaliknya, PERKASA secara matang berikrar akan cuba menjadikan pemimpin parti-parti Cina tersebut 'celik sejarah' dengan menghadiahkan mereka buku Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Ketua Wiranya, Arman Azha Abu Hanifah, PERKASA mengambil tindakan berkenaan kerana Ketua Gerakan Pulau Pinang Datuk Teng Hock Nam dan Timbalan Setiausaha Pemuda MCA Low Chew Jun "buta perlembagaan" kerana melabelkan NGO itu sebagai rasis.

"Saya sudah bertanya kepada akar umbi parti berkenaan dan (mereka) menyatakan pandangan pemimpin itu tidak mewakili MCA dan Gerakan. Tidak semua akar umbi menyokong mereka," katanya.

Menurutnya lagi, buku tersebut juga akan diserahkan kepada dua lagi akhbar Cina - Sin Chew Daily dan China Press - yang turut didakwanya melabelkan PERKASA sebagai perkauman.


Arman Azha berkata demikian bagi mengumumkan tindakan lanjut PERKASA selepas mencabar Teng dan Low memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 48 jam bermula Jumaat lalu.

Mereka juga menuntut kedua-dua pemimpin tersebut memohon maaf kepada mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwanya turut diberikan label yang sama.

Bagaimanapun dilaporkan kedua-dua pemimpin tersebut enggan tunduk kepada desakan itu kerana beranggapan perjuangan PERKASA bertentangan dengan konsep 1Malaysia.

Ditemui Malaysiakini selepas sidang media tersebut, Arman Azha berkata, buku yang berharga RM25 itu akan dihadiahkan kepada golongan yang jahil itu minggu hadapan.

Beliau juga menafikan tindakannya itu hanyalah satu 'sindiran' dan tidak serius.

"Buku itu sudah ada. Kita akan hantar betul," kata Arman Azha.

Pada sidang media di pejabat PERKASA di ibu negara, NGO itu dilihat seolah-olah cuba 'berkempen' supaya pelbagai pihak dapat memahami kandungan perlembagaan negara.

Sehubungan itu, Arman Azha berkata, pihaknya sudah melancarkan tabung kutipan derma bagi menampung kos pembelian buku berkenaan untuk diedarkan percuma kepada orang ramai.

Mereka juga mencadangkan kementerian pelajaran agar menjadikan Perlembagaan Persekutuan sebagai mata pelajaran wajib di sekolah-sekolah.

7 Komen :

Anonymous ,  April 6, 2010 at 9:26 PM  

Puak PERKASA ni dah mati akai bila gertakan depa MCA dan Gerakan tak gentar pun....

kelakor ,  April 6, 2010 at 9:27 PM  

Helo perkasa, beri tempoh 48 jam untuk minta maaf tapi lepas tu takde ape-ape pun. Gertak aje. Takut le namanye tu. Akhirnya beri buku. Poorah, cakap berdegor-degor. Sudahle.MCA=MIC=UMNO=Pekasam

BUJANG SUSAH April 6, 2010 at 9:54 PM  

hahahahahahhaha... lawak gila laa...

azman kamarul April 6, 2010 at 10:06 PM  

Cerita penglipurlara di abad ini tertulis di negara ini.hahahahaha...
Akhirnya PERKASA menjadi "towkey buku"

Bagus bebankan lagi masalah kamu kepada kanak-kanak di sekolah.....inilah dia tahap kecerdikan PERKASA yang di PERKOSA oleh makhluk "perosak"

Anonymous ,  April 6, 2010 at 10:41 PM  

PERKASA cakapnya berdekah2 dan beri yempoh 48jam untuk memohon ma'af bila dah sampai 48jam dah buat cerita lain pulak nak bagi buku pulak sudahlah dengan dua puak kumpulan cina pun takut nak jadi hero melayu konon ... kkuuaahhhh tuihhhhh !!!!!!!!
kalau genggam bara biar sampai jadi arang ... kata harus dikotakan

Anonymous ,  April 7, 2010 at 10:31 AM  

kah kah kah
Perkosa kata MCA dan Gerakan buta perlembagaan, tapi sebenarnya perkosa buta mata. Perkasam untuk manusia buangan.

PEOPLE POWER April 7, 2010 at 5:25 PM  

kah,kah,kah,kah,kah,kah,kah,kah,kah,
kah,kah,kah,kah,kah,kah,kah,kah,kah,
kah,kah,kah,kah,kah,kah,kah,kah,kah. dah la. bubar je la. buat malu malayu je...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas