Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz berkata pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand berbohong berhubung dakwaannya yang kerajaan Malaysia menggunakan "tekanan politik" untuk menghalangnya daripada memberi keterangan.
"Dia seorang pembohong! dia berbohong dalam inkues dan dia berbohong sekarang," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Nazri diminta mengulas dakwaan Dr Pornthip bahawa beliau diberi "isyarat" dan berdepan dengan "tekanan politik" supaya menghentikan pembabitannya dalam siasatan berhubung kematian Teoh Beng Hock.
Dr Pornthip mendakwa beliau dihalang daripada masuk ke Kelantan sewaktu urusan rasmi melalui sempadan Thai-Malaysia pada bulan Januari tahun ini, dan menyifatkannya sebagai salah satu "isyarat" yang tekanan dikenakan ke atasnya.
Walaupun keberatan, tetapi Dr Pornthip telah memutuskan untuk tidak memberi keterangan dalam inkues kematian Teoh ekoran tekanan terhadapnya itu.
Inkues kematian Teoh akan disambung pada 20 April ini.
11 April 2010
Nazri Sangkal Tekanan Politik Terhadap Dr. Pornthip
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
nazri aziz
,
teoh beng hock
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
1 Komen :
Pihak peguam Teoh wajar mengusahakan dengan Kerajaan Thailand agar Pornthip dapat datang ke Malaysia dengan status sebagai diplomat yang lebih terjamin kebebasannya.
Post a Comment